Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, December 29, 2010

Darjah Satu. Aku kira ini Alia Munauwar punya criter~

Hari murid-murid beratur kembali. Mak aih zaman bawak air botol besar. Minggu suai kenal pelajar darjah satu nampaknya. Patut la, bau buku, beg, kasut dan uniform ber'designer' labelkan Canggih memenuhi ruang hidung.

Cakap pasal bawak botol air besar, teringat balik, x relevan, sebab nak kencing susah, kena mintak kebenaran, dan2 cikgu Noriah tak bagi budak2 laki gi kencing dua orang. Haha~ Rindu kot zman main2 dalam tandas, maksud aku jerit2 la, budak2 kan.

Satu lagi benda yang x relevan, populariti beg tarik masih lagi menjadi kegilaan. Owh aku ingtkan da 'out of fashion' gitu, seperti papan hitam dan juga kapur tulis *uhukuhuk gaya aku dulu bertugas membersihkan pemadam yang sudah dimampatkan dengan kapur tulis. Da macam bedak aku kata. Pergh terimbas kembali zaman hingusan. Apa pun aku nak cakap beg tarik cepat kotor, lagi-lagi kalau jenama Gucci.

Ni semua Alia Munauwar punya cerita. Kira aku Ok lagi dari die yang teringat zaman tabika kemas, zaman main plasticine dan pegang pensil warna dengan dua tangan. Haha sangat-sangat existensial~

Nampaknya tak banyak yang da berubah, warna bendera masih sama, jalur2 merah putih dan bintang bulan masih ada, lagu dinyanyikan masih lagi guna tape yang sama aku pasang masa jadi pengawas dulu.

Yang kontradiksi pun pengawas sekarang kalau spot check x dapat la nak cari stok tudung tin atau batu seremban. Yang ada hanyalah Blacberry Bold ataupun PSP bercoverkan Hello Kitty sebagai ganti. Sabar je la.

p/s: Kelas aku darjah satu dulu da boley dapat wi fi skrg, patut la cikgu Noriah selalu update FB~

Dengan apologi kepada guru darjahku.

Piala Itu Berkilau Seperti Baru Dicuci

Berasap orang-orang Indonesia macam api dalam air. Dasyat tidak analogi itu? Tahniah Harimau Malaya, lepas ni jumpa aku belanja kat kedai mamak Osman. Akhirnya sentuh juga kita Piala berkilau kejohanan bernama Jepun itu.

Oleh yang demikian ramai la rakyat negara Malaya itu melaungkan I love Malaysia gitu~ Dinding-dinding FB juga tidak dapat lari dari grafiti melaungkan semangat kebangsaan. Laman interaktif burung pipit biru juga dipenuhi peminat-peminat penendang bolasepak kebangsaan.




Nama-nama peminat tersebut seperti Nur Aqilah Adnan dan Aisyah Mokhtar dirahsiakan. Terharu juga la penaip blog ini akan kejayaan negara tercintanya. (background music Negaraku) Terkedu aku dan mengambil peluang untuk menyampaikan ulang Tweet Star Rage di sini

"The commentators say Khairul Fahmi is 5ft 8in, pretty short for a goalkeeper. But today, he stands TALL for every Malaysian. "

Nampaknya aku memang dah melilau dari operasi malam ni. Macam biasa la projek renovation ee masih ada lagi yang tersisa. *sambil mengelap peluh dingin macam baru lepas makan belacan wasabi pulak. Blueprint EO(English Oral) pun masih lagi di takuk yang lama. Nasib baik projek ToK dan Biz IA berjalan lancar macam keretapi dengan rel yang disapu minyak pelincir.

Oh jam pasir masih berbaki 345623 butir bermakna ada 24 jam sebelum pulang ke kolej. Berbalik kepada laptop kerja semula. Selamat malam pembaca sekalian~

Tuesday, December 14, 2010

Autoriti mulai diragui?

Isu kepercayaan autoriti mula dipersoalkan, siapakah yang boleh dipercaayai? Doktor yang sewajarnya mengubati pesakit melecurkan kulit pesakitnya dengan preskripsi berpolisi "gitu-gitu je". Mungkin 5 tahun lepas kita masih boleh mengaitkan keadilan dengan polis dan hakim. Abah kata hakim itu adil dan amanah. Sebab tu dia mengADILi pembicaraan. Tapi bila hakim mahkamah syariah sendiri mula makan suap, wajarkah lagi hakim menjadi simbol keadilan?

Keutuhan autoriti mulai goyah, sememangnya makhluk perosak korupsi kali ini lebih berjaya. Atau yang sebenarnya korupsi hakikatnya sudah lama dipraktiskan autoriti? Makhluk kerdil bernama 'rakyat biasa' tidak biasa tahu akan hal begini. Mungkin kes hakim mahkamah syariah ini hanya sekadar ikan bilis yang mampu ditangkap oleh nelayan korupsi SPRM. Jerung-jerung dan paus pembunuh masih riang ria berkeliaran di sana. Atau lebih teruk lagi nelayan SPRM sendiri sudah ditelan kumpulan 'ikan besar' ini?
Sekali lagi 'rakyat biasa' tidak tahu.




Tersenyum sebentar. Berfikir sejenak, negara kita tidak ada media WikiLeak atau sebagainya yang membocorkan tong besar yang menyimpan bergelen kebenaran. Rakyat bergantung kepada media tradisional. Besar pengaruh mereka dalam usaha menanam mesej subliminal dalam minda 'rakyat biasa'. Harapan besar penulis agar virus korupsi tidak juga mempengaruhi mereka, industri berbillion ringgit itu.


Bila helaian The Star bersuara

"He is the first Syariah judge to be sentenced for corruption."

Penulis berharap ini adalah yang terakhir. Harapan sahaja yang dapat dilontarkan kerana penulis bukan ahli politik, paus atau jerung.











Monday, December 6, 2010

Tron: Legacy




Ini adalah kesinambungan cerita klasik tahun 1982, yang berjudul Tron. Satu lagi tayangan bertemakan fiksyen sains.



Plot cerita yang berkisarkan watak seorang lelaki 27 tahun Sam Flynn(Garrett Hedlund) yang dihantui kehilangan bapanya, seorang pereka permainan video terkenal di dunia juga CEO ENCOM(ada kaitan dengan CAPCOM mungkin) Kevin Flynn (Jeff Bridges). Siasatan mengenai bapanya membawa dirinya memasuki alam digital itu sendiri.

Bukankah ini fantasi kita sewaktu kecil? Mungkin alangkah baiknya jika dunia Pokemon atau Digimon itu menjadi kenyataan. Tetapi bukanlah seperti dunia Dragon Ball mungkin kerana takutkan dibunuh oleh Majin Bu. Tron dicipta berdasarkan teori metafisik klasik, bagi mereka yang hidup pada zaman 1982 dan beruntung sudah untuk mempunyai televisyen pada zaman tersebut mungkin tahu kronologi asal ceritanya.

Satu lagi fantasi Disney.
"Wajib tonton" meter: 6.9/10

Pengarah filem: Joseph Kosinski
Barisan pelakon: Garrett Hedlund, Jeff Bridges, Michael Sheen, Olivia Wilde.
Tarikh tayangan: 16 Disember 2010
Tempoh tayangan: 127 minit










Saturday, November 13, 2010

Rona warna bibir merah (2)

Macam aku ceritakan dalam post Rona warna bibir merah yang lepas, aku kira ini sambungannya. Tajuknya berkisarkan masalah lipstick sendiri yang tidak tahan lama seperti baju tidur murahan yang dibeli dari pasar malam bergambarkan corak Power Rangers yang mana aku ada dan agak kecewa kerana hanya boleh dipakai sekali sahaja selepas luntur dan koyak strukturnya setelah dibasuh tangan.

Fuhh.. Habis nafas di situ. Kembali kepada cerita Adam dan juga gincu bibir. Mungkin kami bukanlah penyolek tegar tetapi bukan juga buta solekan. Tahulah juga golongan Adam ini sedikit asas dalam solekan.

Jadi seperti norma masalah bergincu bibir ini adalah jangka hayatnya yang singkat. Namun jangka hayat gincu yang singkat ini dapat juga dipanjangkan umurnya dengan cara-ciri yang berikut:

1) Simpan gincu bibir anda di dalam peti sejuk

Ya, ya aku tahu gincu bukannya makanan sejuk beku atau jus oren kotak ataupun coklat susu pemberian teman lelaki kamu tapi percayalah gincu bibir ini akan bertahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Tapi pastikan ianya tidaklah disimpan di tempat membuat ais batu dan bukanlah juga diletakkan sekali bersama ikan@daging pasar serta durian yang berbau. Harap kata-kata diterima.

2)Gunakan lip liner

Pernah dengar pasal lip liner? Kalau kamu kaum Adam tidak tahu, tak mengapa boleh dimaafkan, tapi bagi kaum Hawa, Google lah sikit menambah ilmu solekan. Selalunya dengan mengenakan lip liner terlebih dahulu sebelum mengenakan gincu adalah cara terbaik untuk mengekalkan jangka hayat gincu anda. Jika anda ingin memakai gincu yang warnanya sedikit pudar cuba gunakan nude lip liner supaya ia tidak mengubah warna asal gincu anda.

3)Rahsia Vaseline

In adalah antara cara alternatif untuk ramuan gincu tahan lama. Mempunyai leceh meter yang tinggi tapi kalau gincu kalian sampai di tahap akhirnya mungkin boleh dicuba cara ini. Ambil satu putik kapas dan colekan sedikit gincu dan tambahkan sedikit Vaseline kepada gincu tersebut sebelum dilapiskan ke bibir. Pastikan jumlah jel petroleum Vaseline itu tidak melebihi amaun gincu.

4) Bibir lekat di gelas

Masalah ini memang kerap benar frekuensi kejadiannya sehingga kaum Hawa kadangkala takut benar untuk meminum air dari gelas kaca. Jika anda ingin mengelakkan kejadian selekeh ini dari berlaku maka basahkan dahulu tempat kaca yang mana anda akan meletakkan bibir anda di situ sebelum minum dari gelas tersebut. Lebih kemas begitu bukan?




Tuesday, November 9, 2010

Rona warna bibir merah

Perhatian: Bacaan ini mungkin lebih sesuai bagi golongan Hawa ataupun golongan Adam yang ingin tahu.

Aku keluar jalan-jalan. Nampaknya memang benar kata Azmeer, perempuan lebih banyak dari lelaki. Ataupun lelaki memang jenis yang malas keluar jalan-jalan? Aku lebih suka alasan kedua. Banding dengan Hawa, Adam memang tidak direka untuk berjalan dengan kasut tinggi bersama rakan-rakan taulan ber'chit-chat' dan bergelak tawa dari topik anak kucing sehinggalah topik anak patung. Stereotaip di sini, maaf ya Hawa.

Mungkin itu kelebihan Hawa, Adam tak tahu. Tapi yang pasti Adam tidak mewarnakan bibir mereka dengan rona warna merah. Nampak homoseksual kata mereka. Tapi lain bagi Hawa, tampak lebih kemas dan berkeyakinan jika kena gayanya.

Ulangan: Tampak lebih kemas dan berkeyakinan jika kena gayanya. Silap gaya rupa badut hari jadi tampaknya. Ada caranya jika Hawa ingin kenakan merah pada bibir mereka. Ini kata Adam.

Langkah 1: Tipsnya adalah untuk mengenakan pemerah pipi dan alat kemasan lain yang sesuai di mata. Sebelum mengenakan 'lipstick' anda sapukan lapisan nipis pemerah pipi dahulu, pastikan nipis ya. Tidaklah setebal tepung bedak opera Cina. (Tiada perkauman di sini ya). Sudah? Bagus sekarang gunakan maskara dan elakkan penggunaannya selari dengan eyeliner. Siap di situ.

Langkah 2: Sekarang anda perlu pilih warna 'lipstick' yang sesuai dengan warna kulit anda. Macam mana?

a) Bagi mereka yang berkulit berkompleksikan kuning langsat dan cerah, sila gunakan warna merah cerah dengan tona warna perang. Elakkan rona warna asas biru atau warna merah-merah jambu. Kurang sesuai di situ.

b) Bagi meraka yang sawa matang pula warnanya. Warna merah-merah jambu lebih sesuai, juga tidak lupa warna fuchsia. Elakkan juga rona warna oren di bibir anda.

c) Jika anda rasa kulit anda sedikit gelap, maka seeloknya pilihlah warna plum.

Sila cermin diri anda bukankah nampak lebih berseri sekarang, tetapi jangan lupa senyuman adalah penghias muka yang lebih manis dari segalanya. Senyum :)



Oleh kerana apa yang ditulis semata-mata karangan kaum Adam maka kredibiliti mungkin diragui. Sekali lagi hanya sekadar pendapat berdasarkan persepsi dan pemerhatian.

Bersambung di lain muka blog...

Bagaimana mengekalkan warna lipstick di bibir lebih lama?


Tuesday, November 2, 2010

Cinta itu satu obsesi

Sungguh tidak aku menyangka air mata ini mengalir lagi...

Hari ini bukanlah hari yang menggembirakan. Biasalah adat kehidupan. Seronok diselangi kesedihan. Ataupun lebih kepada kesedihan diselangi keseronokan? Berita semalam masih menyengat kalbu, hati, perasaan lantas menyebabkan mega emosi ini berarak mendung.

Aku betul-betul tidak menyangka hari ini datang juga dalam titik sejarah hidup aku. Malahan terlalu awal. Salah aku mungkin untuk menyangka begitu. Semalam memang tragis begitu juga hari ini dan mungkin juga esok (ku harapkan tidak). Walaupun ada harapan untuk aku bertemu dia kembali, mungkin sebulan lagi. Diperkatakan sebegitu.

Siapa mahu meneman aku di hari cuti? Menggembirakan aku tika keserabutan IB? Cuti Diwali ini mungkin rasa kosong tanpanya, begitu juga hari jadi, nampaknya tahun ini dia tidak sempat untuk bersama denganku menyambut hari kelahiran bersama. Maafkan aku sayang, nampaknya aku terlalu cuai, ku harap kamu cepat sembuh D60 ku.

Banyak sungguh memoriku dirakam oleh kamu, tapi tidak ada satu pun memori tentang kamu, ironikah ini?

Sungguh tidak aku menyangka air mata ini mengalir lagi.


Wednesday, October 27, 2010

Terpijak paku kesedaran

Resolusi semangat baru. Mahu berubah tapi hingga ke mana? Mungkin hingga menembusi lapisan corona radiata hingga ke zona pellucida. Maaf cemaran pemikiran biologi lagi dan lagi.

Mungkin patut gunakan anologi geografi atau kajian tempatan. Supaya diri sendiri boleh faham apa yang ditulis di masa hadapan.

Ku ceterakan kisah buat Fikri 30-31 September dari Fikri 28 September.

Dengarkan ku kira ini betul mesejnya.

Hari ini kimia belajar molekul benzene.
1865, ditemui August Kekule. Klasifikasi mekanisme penggantian elektrofilik. Tp Augustus tidak pernah tahu apa sebabnya. Selama 65 tahun ilmu itu diterima. Unik bukan kehidupan. Kita kdgkala begitu juga.

Sedih. Serabut. Lesu. Gembira. Riang. Malas. Ingin tahu. Cuak. Tidak senang. Cinta.

Campuran emosi tanpa tahu dasar penyebabnya. Mungkin kadangkala jelas samar penyebabnya. Hanya Tuhan saja yang Maha Tahu.

65 tahun kemudian, barulah Linus Pauling menyatakan sebabnya. Akhirnya ad juga manusia yang tidak menerima ilmu buta. Siapakah kita di dunia ni Fikri? Linus Pauling? atau August Kekule ataupun kau tidak pernah mahu tahu. Maka tergolonglah kau dalam golongan orang yang rugi.



Merenung dalam paya terlihat zaman kanakan ku dari refleksi riak cerminan air yang bergetar.
Terima kasih adik kecil.



Tuesday, October 19, 2010

Aku dikejar garisan penamat.

Paradoks bukan tajuk blog post aku kali ini?.

Sedang aku mula menghafal transmisi impuls neuron bermacam cetera datang. Sememangnya ranjau kehidupan ini dipenuhi. Ledakan inversi di situ.

Untuk blog post kali ini cuba mengubah gaya bahasa mencuri idea dan buah fikiran dari rakan-rakan blogger tegar lain. Terima kasih rakan-rakan.

Cukup sekadar pengenalan. Tajuk blog post kali ini adalah berkenaan kehidupan aku di sini. Di umur setahun jagung ku ini (bersamaan 19 tahun) aku mula merasakan aku sebagai seorang yang pelik.

Pelik atau tidak, bahana aku yang rasakan.

Hari Isnin: Aku demam tiba-tiba, mungkin terlalu letih menyeronokkan diri di Bandar Penawar. Memang aku tak pergi sekolah. Sedang nyenyak beradu aku rasa macam ada orang bercakap dengan aku. Tergamam. Letih dan lesu untuk melayan. Aku mula melekapkan telinga dengan headphone Earpollution. Masih dengar juga. Baru aku sedar. Aku bercakap dengan diri sendiri tanpa bersuara. Seram sejuk aku.

Masih hari Isnin: Petang aku merespirasikan diri. Berjoging. Berlari-lari anak. Sendirian. Cukup satu pusingan badan aku da letih. Tapi kaki tangan tak boleh dikawal. Aku terus berlari. Rasa macam orang gila aku mula bercakap dengan diri sendiri. Berkeras mahu berhenti. Sekali lagi aku sedar bukan seorang ada dalam kepala. Tapi dua. Apa ini? Sekadar ilusi? Aku menjerit lalu badan berhenti. Seram sejuk lagi.

Selasa: Hari ini dalam sejarah. Aku mula bercakap dengan diri aku, diri kedua dan ketiga? Adakah aku gila? Tidak aku masih waras. Dan dengan kewarasan aku mula membasahi lidah dengan ayat Al-Quran. Mungkin bisikan syaitan. Nodaan mereka agaknya. Alhamdulillah hari ini semakin tenang.


Sekadar nukilan temporari catatan kehidupan.






Tuesday, October 5, 2010

Berita Terkini Sesat Di Blog Ini


Berita terkini.



Kandahar meletup lagi.
5 siri letupan telah berlaku.
Kali ini 10 nyawa terkorban.

9 daripadanya kanak-kanak.
Berumur di antara 10-14 tahun.
Selebihnya bukan bayi.

Manakala 25 lagi cedera.

Sekian. Laporan Kandahar, Afghanistan.
Berita dilaporkan dari Seremban, Negeri Sembilan.

Thursday, September 16, 2010

Internet Addiction Disorder - IAD

Sedang tuan hamba belayar di laman sesawang yang sangat luas ini terkandas tiba2 di laman sesawang BBC News, ternampak la pulak satu headline ni

The 90-year-old blogger


Tidak ku sangka, nenek ni punya la maju umur 90 pun aktif melampau berblog, walaupun skrang beliau hanya mampu duduk di katil hospital Ohio, nmun begitu berbekalkan satu buah epal putih berkalerkan pearl white sudah mampu untuk beliau seperti org muda menghabiskan masa membuat entry blog.

Sekaligus menjolok persepsi sedia ad dalam kepala otak aku yang orang tua ni buta internet. Mungkin kebanyakan kita sebagai golongan anak muda(kononnya la) banyak berfikir begitu, kalau zaman kita kat myspace+friendster dulu mmg susah la na k jumpa bapak si Kamil tu ada jugak Friendster atau Myspace.

Tapi sekarang bukan shaja bapak si Kamil, malahan bapa dan ibu si Milah juga terlibat secara langsung dengan aktiviti menterjah dinding FB orang di Facebook kini. Dunia kini semakin maju dan sedikit sebanyak internet sudah menguasai kehidupan kita.

Punya la maju sampai penyakit Internet Addiction Disorder pun wujud kat dunia ni, seriosly ni bukan cubaan, betul2 punya.

Simptom2 anda terkena Internet Addiction Disorder - (Ketidakupayaan Ketagih Internet)

1. Bila duduk je menghadap komputer anda rasa bersalah kerana anda tau keesokan paginya baru anda berhenti.

2. Cuba2 untuk berhenti tetapi susah betul untuk berjaya.

3. Opps dah pukul brapa? Oh da lewat ke?

4. Mula mengendahkan kehidupan sebenar. Kucing x dibagi makan, esei TOk terbengkalai, Ee entah kemana, waktu mkan ikut suka, mandi sehari skali n etc.


5. Anda menipu kepada bos anda/rakan2/keluarga akan apa yg kamu buat di internet, contohnya mencari maklumat di wikipedia walhal anda menghabiskan masa mengkomen video Moymoypalaboy(try cari kat Youtube) di Facebook.

6. Moody+baran pantang diganggu bler anda dah mula beron9.

7. Bler anda x on9, otak masih pikir apa yang nak dibuat bila on9 nanti~

Source: The University Of Texas at Dallas (kan tuan hamba da ckp x tipu)

Monday, September 13, 2010

Salam lepat dan lemang~

Pendahuluan

Salam Aidilfitri kepada semua blogger2 tegar di luar sana.

Akhirnya ry menjelma dtg lg, dan ry kali ini tidak kurang biasanya. Kematian di jalanry masih ad, ops s*kap masih lg tidak berguna, masih ad lg yg ilang ibu jari kaki di bom mercun yg dibeli. Yg mna mercun2 ini dijual oleh anak2 p*lis dan k*stam yang dapat mana ntah stoknya.

Cuma yg lain skit kali ini Malaysia digemparkan sekali lagi dengan kes pembunuhan berprofil tinggi. Gaya2 kes dalam CSI:Miami gitu~ Bermula dengan kes Mona Fandey ( betul ke ejaan ni) ke kes Altantuya dan Nurin Jazlin the chain of psychopathic killing is on again dengan mangsanya kini adalah Puan Sosilawati. X mustahil la lepas ni akan ad CSI:Pantai Morib pulak kan.

Isi-isi penting

Sbnarnya post kali ini adalah untuk memberi komentar mengenai pakaian yang dipakai oleh Cik Lady Gaga di MTV Video Music Award.Ok, bg mereka yang x nampak lagi, the above photo adalah meat dress yg dipakai oleh Lady Gaga! Oh my Gucci, memang betul org kata that G girl is tasteless. Walaupun Lady Gaga sebelum ni mmg pelik tp aku x pernah rs nak komen because that I think it is all art. Tp bler tgk kali ni punyer dress mmg tak ley nak terima.

1. Daging adalah makanan.

Mak aih org dkat Cambodia punya la susah makn daging pun staun skali la cik adik ooi. Ada la jgak manusia yang kaya sgt smpai boleh buat baju ni. Walaupun aku x ske sgt makan daging but at least hormat la skit kat makanan, it is not right to do so.

2. It is a freak kind of art.

Ok aku mengaku fashion tu penting in the celebrity world, and first time waktu tgk thumbnail gambar mmg la teruja jgak cause nampak smart jgak la baju Lady G kali ni, but bler tau je meat dress owh menggelikan. X percaya dia mampu duduk dan berdiri dgn selesa. Kalau nak ke tandas macam mana?

3. Praktikaliti: 0 markah

Mak aih sapa la nak pakai bj daging nih. Kalau diberi free pun aku x nak pakai. Kalau simpan kat almari pun buat berulat je almari, oh x dpt dibayangkan di mana praktikalitinya daging sebagai baju.

Penutup

Secara konklusinya sy seorg peminat Lady Gaga sendiri tidak menyokong fesyen baju daging ini berleluasa. Siapakah aku ini berhak mengkritik Lady G itu, mmg tak berkredibiliti pun tp ni blog aku punyer da. Sekadar berkongsi pendapat.


Friday, August 27, 2010

On the edge of the 21st century~

Kucing dan tikus main kejar-kejar pagi hari, dengan mata yang mamai aku menghayunkun kaki ke D. Razak. Dush3x kenapa la Encik Mathias mahu juga mencuri waktu Sabtu nih, ikutkan hati nak je meneruskan ketiduran di atas tilam empuk bercadar pink bersama Mr. Tony dan Mr. Robin.

Tetapi memikirkan tidak tahu apa yang nak dibuat, dipaksakan juga la diri dgn Miss D60 tercinta.

Setibanya di dewan DTHO, oh ramainya pelajar boleh dikira banyaknya dengan kaki kiri sebelah lipan yang hanya ada 30 kaki? Apakah? Aku pun tak tau, tp yang penting mmg tak ramai.

Apa yang disampaikan oleh Mr. Mathias sgtlah informative dan helpful. Dan yang paling berguna adalah bagaimana cdgn si beliau akan pengurusan stress.

Which he would refer it as externalize your thoughts~

Kadang-kadang sebagai manusia, mmg aku tak lari daripada berfikir dari sekecil-kecil perkara kepdlah yang paling penting..

Contohnyer ble jer aku duduk di meja sekarang ni berhajat nak membuat ee, mulalah tgn memikirkan baju di ampaian, si Dia, kerja math yg nak dibuat, hero DOTA yang nak dipakai nak main kejap lagi, coklat apa yang nak makan ari ni dan akhirnya TERKANDAS DI SINI MEMBUAT POST BLOG BARU!

Sungguh ironi la kan. Dan ini apa yang sir Mathias sifatkan sebagai The Everest Effect. Kita tidak bermasalah dengan membuat satu benda yang besar ( cthnya: Mendaki Everest ) tetapi lebih mudah diganggu dgn perkara2 kecil lain yg langsung tak memberikan signifikan dalam kehidupan.

Ataupun bg sesetengah orang mereka terlalu byk berfikir, sehinggakan mereka tidak dapat berbuat ap2 kerja.

Dan inilah di mana externalise your thoughts penting! Dan cara perlaksanaan nyer adalh dengan menulis segala apa yg difikirkan, jika tidak penting letakkan saja di tepi, dan jika sebaliknya tampal besar2 di dinding locker~ atau sebagainya yg relevan.

Sunday, August 8, 2010

~Fuhh Cuti

Siapa yang seronok bila tiba hari Jumaat~


Tentu la semua rakyat IB dan A-levl di KMS ni, apatah lg apabila semua dikenakn tekanan h/w, assignment dan tutorial~


Mmg dasar manusia, malam hari Jumaat+Sabtu lah waktunya mereka nak meng'stay up'kan diri, mungkin ad yg study, but kebanyakannya mengurangkn tekanan diri yang telah berkumpul di ulu hati selama 5 hari.


Mcm2 la tgk movie, Korea drama series dan jgn dilupakan berdating bersama ym dan fb..


Bila pg mula disamakan dgn tengahari, itulah die cuti. Apa tidaknya berdota berkali-kali, mmg la x bangun pagi kalau waktu pagi baru nak menidurkan diri..


Itupun dgn laptop masih terbukak~ Terdedahlah interface permainan DOTA si skrin ataupun profile FB yang dilengkapi profile pic besar2 muka sendiri~


Ceyh, yg tulis post blog ni pun satu x sedar diri, padahal mengarang post ni pukul 4 pagi~





gambar tiada kaitan dengan penulis blog. harap maklum

Bila tibanya si hari Ahad~

Mula la nak menggelabah mencari kerja2 member yg rajin untuk dicopy~ Dasar pakar plagiat bersiri~ Terrbaek punya da copy siap improvement lagi~



Opss mula la teringat pulak handout chemistry.
ala ad tutorial math lagi~
macam mana ni..



Kali ini hari Isnin dtg lagi~
Dan yg menariknya disambut meriah oleh rkyat IB di sini..
Haha kenapa?






Sebab hari ISNIN ni CUTI~

SELAMAT HARI ISNIN KEPADA SEMUA PELAJAR IB DI KMS~

Friday, July 16, 2010

His Sunday routine?

Again, he wakes up late, grabbing whatever random shirt that he can, and after a reflection in the mirror he realizes that it is Saturday? I never knew and I never seemed to care. Once again, unconsciously he wrap his body with his annoying pinky shirt and goes straight to Anas room. Another typical weekend for that not-so-typical boy.

As a teddy bear, I rarely goes out from his room, but it is ok since he have give me a friend named Mr. Robin to accompany me. But Mr. Robin does not talk a lot, maybe he's not adapt well yet to the environment here. There's something about my owner that interests me a lot. He is a principled man, but in the same time he is a free-spirited boy. Weekend sure means a lot to him, although he is always alone because of his roommates were going back home.

On a particular weekend he'll always wake up very early and mumbled something about "hari Ahad routine" to me. As I remember he wake up as early as 5 and preparing for somewhat routine which seems to be important to him. With sneakers on, and PE-class-suit alike, he leaves me and Mr. Robin for his routine.

And after a few long hours he'll back with a very happy smile and a Sunday copy of New Straits Time ( now I remember it is Sunday! ) in his hand. I don't know much about his routine, but as long as he is happy so am I as his teddy.



By, Mr. Tony.

Tuesday, July 6, 2010

Juniorita~








Yuppa sumer,

Akhirnya tempoh orientasi kanak-kanak riang di KMS da berakhir, bermulalah era baru kehidupan pelapis-pelapis senior IB dan A-level~ Sebut pasal senior, results for IB student batch 4 da kluar and...

Menurut apa yg Mrs Nooraini ckp agak frightening jugak la, cause the results is unpredictable.

Bila teacher cakap macam tu satu kelas Chempaka yang riuh gempita menjadi senyap. Semua mula memasang telinga mendengar~ Agak terkejut la bila mendapat tahu hanya setengah sahaja senior yang memenuhi standard yg MARA tetapkan.

Yup.. SETENGAH which means 1/2? Apakah kadar berjaya dalam IB ini begitu susah? No comment la cause dari apa yang lecturers sumer cakap diorang macam ad high expectation on the batch 4 IB student maybe that's why lecturers sumer kind of upset.

Comment on batch 5? No comment, anyway congrats to Mr. Fahroni~ Bro, bler da fly nanti jgn lupa member k!

Ooops, da terkeluar topik, cause igtkan nak bercakap pasal junior je, haha sori la ye adik-adik sekalian. Anyway, overall junior sangat la sporting, tiada la yang poyo2 mahupun sombong badak. And one more thing kamu sumer mmg comeyl n for boys sempoi la! Harap-harap korang mengekalkan kesempoian ini n tegur2 la yerk kalau berjumpa kat tepi jalan~


And untuk mengelakkan sebarang kekeliruan Nurin Ayesha adalah Fikri Azzim so orang yang sama~ X perlu la korang2 pening memikirkannya~

Thursday, June 17, 2010

Toy Story 3


Sudah menjadi adat filem, selalunya semakin bertambah nombor semakin kurang 'best'nya, tapi serious Toy Story 3 sgtlah lain.

Masih lagi mengekalkan watak(mainan la) lama seperti Buzz Lightyear(my favourite lorh!) and Woody(patung Cowboy bersuara Tom Hanks) Toy Story 3 juga memperkenalkan beberapa watak baru seperti Ken(teman Barbie) dan 'Lots-o-huggin'-bear(a teddy at last) dan 12 lagi watak warna-warni yang akan menyebabkan anda tidak rasa membazir untuk membeli tiket wayang dan juga popcorn serta masa 2 jam untuk duduk di dalam bilik gelap itu.



Kisah Toy Story berlatar masa sewaktu Andy(pemilik mainan bukan mainan tau) telah hampir mencecah 18 tahun dan tiba masanya untuk beliau pergi ke kolej. Sememangnya terlalu besar untuk permainan (penulis x berstuju dgn ayat ini), Andy telah mengambil keputusan utk menhantar mainan2 nya itu ke Daycare!


Namun begitu Daycare tidaklah tempat yang bagus untuk mereka kerana selalu dikunjungi kanak2 comel+ kecil yang tidak dijinakkan. Jd, bermulalah pengembaraan para patung2 mainan ini untuk melepaskan diri daripd Sunshine Daycare!

Cerita yang sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan umur. And a must-see movie too!

Sebagai pencinta benda yang chumil(as my klasmate says) saya bagi 4.8/5.0 untuk cerita ni because of the plot, emotions they put in it, cara Lee Unkrich meng'humanize'kan mainan2 tu semua is the best, and the 3d is awesome~

p/s: Mungkin ade mereka di luar sana yang rasa Chumil~ enough untuk belanja saya sekali lagi menonton Toy Story 3 ini di KMS ~ ( nota ini sbnrnya ditujukan kepada Yuni, Eka, Ecah, Diha, Hanun, Fab, Bariah, Awa, Lisa, Liya, mereka yang Chumil~ dan sewaktu dgnnya~ )

Link to trailers and official website.

Saturday, May 29, 2010

My room is the best! (perasan)

Huish letih betul, hari ini sperti rutin hari2 Ahad sebelumnya sy keluar jog pagi dan belasah 2 keping roti telor kat bistro. Pergh senak gak ar nak jalan balik ke Kolej MARA Seremban yang tercinta ni. N bler da balik terasa nak update blog la pulak. And here we go... A Special Sunday post..

Hari: Ahad Tarikh: X ingat la

Tajuk: Ada sejuta sebab aku suka bilik aku. ( mcm x best je tajuk ni )

Haha.. Suka hati sy je kan nak buat post, per pun bilik 118 mmg best, sebbnya yg pertama bilik ni adalah bilik yang kebal light-off. Maksudnya? X de light off la mcm bilik2 lain, so syboley study 24 jam ( x mungkin ). Haha, tp banyak la kelebihan bila x light off ni.. Cthnya, kamu still boley sterika baju malam2 tanpa seterika tangan sendiri. Ad ke org sterika bj malam2?



2. Bilik sy best sbb... ada peta dunia! Haha ni mmg favourite sy.. Sblom tido sy tgk, bangun pagi2 sy tgk.. walaupun jarang keluar dari Malaysia ni tgk peta negara2 lain pun jadi la. Satu lagi kalau roommate sy, die ske tgk sbb peta tu mengingatkan dier mengenai cita2 dier nak jadi pilot. Haha dramatis gak ar sbb dia skrang currently buat IB Biotech...



3. Sy ske bilik sy sebab... lantai tepi katil sya ada alphabet... Haha alphabet ni kalau pijak nanti satu2 akan bunyi ( tipu jer... ) tp serius la selesa... kalau musim exam macm ni mmg lantai tu la tmpat sy tido... ( sebab katil da kena conquer ngan buku ) huhu~ di samping tu alphabet ni jugak boley digunakan sebagai carpet mudah alih yang x payah susah nak dicuci mcm karpet baldu and etc... and boley jugak digunakan untuk mengingatkan diri sendiri susunan a-z... Sgt akademik mungkin?



4. Dinding dengan hiasan hati berwarna merah jambu.. Huhu agak jambu ar... tp yang best nyer kita boleh paku payungkan apa sahaja yang kita nak, yg ad, buat masa skrang ni sy pakukan kalendar, duit reward jwb soalan kelas bio, and bla3x..( tiada dlm gmbr ) Selain itu kita boleh pakukan jugak post-it notes yang mengandungi keje2 skola+ keje2 IB n jadual basuh baju n jadual bertugas koop atau jadual tepon parent.


5. Kapal terbang mainan. Wuuuhuuu.. sy x tau ape signifikan dier... Tp menambah seri di dinding dan agak bergaya ar. Bak kata Syed Stompel " Kami wajib fly".

6. This is my buddy, Mr. Tony. Sgt kiut... Haha dielah penjaga setia bilik 118. Org yang sentiasa mendengar rintihan masalh sy.. Dia juga menjadi rebutan semua budak2 searas dengan saya. Org kata gile berckap dengan Teddy Bear tapi kadg2 itu jer yg kita ader... Nak buat cmner... Huhu~

7. Himpunan duit seringgit yang berkedut2. Tujuannya, ntah la da cukup satu botol kaca sy kumpul mungkin da cukup nak beli cincin berlian 24K. Siapa tau kan? Haha kadgkala duit seringgit ini juga dicuri satu setiap hari dobi bertujuan untuk mengeringkan baju. Antara benda yang seronok untuk dilihat selepas hari yang panjang menyibukkan diri. Lebih kurg akuarium ikan la jugak.

Huhu da 7 perkara da sy letak, cukup la tu.. Byk lagi tp da x larat nak tulis nak gi study bio lak ni.... Hehe~







Friday, May 28, 2010

Welcome to your new life




This is a photo essay and every picture worth a thousand words.

The Survival Checklist

Haha.. tak sangka aku dah hampir menjadi senior dengan menulis post ni, but to all my wil-be-junior I must say that I’m impressed.. Korang sgt2 determine untuk masuk ke KMS. Tp sebelum korang menapakkan kaki ke kms ad beberapa perkara yg korang kena semak, dan aku namakannya

The Checklist
1) Tolong pastikan korg bawak dokumen yang telah disenarai pendekkan ( walaupun senarai tu panjang sebenarnya ) oleh MARA dalam surat tawaran mereka. Yang aku ingat laporan medical check up and jgn pulak lepas korang baca ni terus korang buat sebab ad borang guideline yg korang kena gunakan yg nanti akn dihantarkan kat korg. Dokumen ni termasuk la duit yang perlu di wang pos kan. Dah x ingat berapa. Tp duit tunai still kena bawak la. ( kalau boley bwk lebih sebb GDC kena bayar dulu... RM460 IB jer k. )


2) Bawak gambar lebih sikit, kalau dia suruh bawak 12 lebihkan satu, sebab kecelakaan selalu berlaku lagi2 hari pertama kat kms nih. N ingat lagi bagus kalau siap2 korang da tulis nama sebenar+ no ic korang kat belakang.. Alamat e-mail optional, kalau ad ruang lagi tulis la.
3) Sterika! Kalau korang x nak pakai baju berkedut sepanjang minggu orientasi pertama, ok ar.. boley je nak pinjam kat senior atau aku.. tp tu la kalau satu batch pinjam merana la aku kan.. Sebnarnya kolej sediakan tp da byk jahanam jd.. bwak sendiri lagi sonang kowt. Tp kalau korang da agak2 tau nak sebilik ngan sape pakat2 je la.. X yah la bwk sorang satu.

4) Sejadah. Aku dah agak dah mesti korang pelik kan kenapa nak kena bwk sejadah.. dan roommate aku dah mengutuk ape kejadahnya ko.. Haha bawak je walaupun surau berdekatan, emergency slalu berlaku.. ( p/s ingat surau ade! )

5)Lampu study. Ini optional sbb sepatutnya disediakan. Tp biasa la limited. Dah la kat sini lampu automatic tutup pukul 12. Nak study mmg tak dapat la kalau x berlampu. So bwak la lampu yang sesuai tp igt tak wajib k.. Nanti ko kate aku paksa bwak lak.. n satu lagi lava lamp x yah bawak tak membantu pun. Lampu suluh mungkin berguna.

6) Bawak laptop jikalau ada. Tp kalau umah dekat x yah la cause first week tu tak guna sgt pun. Nanti ujung minggu boleh bawak kan. N ingat laptop ni x wajib k, jgn la korang memeras ugut parent korang membeli sebiji Macbook atau Ipad semata-mata sebab aku ckp kena bawak. Tp for IB student aku recommend untuk ad sebijik la.. .

7) Sila bawak charger barang2 berkenaan yerk. Sebab susah la kalau korang tertinggal benda2 cm ni.. kat sini handphone mmg guna 24 jam. N tak de perkhidmatan caj hp kat sini. N charging tu boleh dilakukan kat bilik ,masing2 so safety skit ar... tp kalau topup tu korang cari je aku.. ( bukan FREE k! )

8) So senarai baju yang paling minimum bg aku mcm ni kot..
photo 4; alamak photo x load.. hahaha

9) Hm.. satu jgn lupa nak bwk yg asas, bantal, cadar, tshirt, pakaian dalam2, baldi, sabun, berus gigi, ubat gigi, selimut, tuala, cadar2x, pencuci muka, bedak, minyak wangi, jam tangan ( sgt2 penting), and teddy bear tu optional.. tp aku bawak gak.. n alat tulis+ kasut sukan jgn lupa ada sesi exercise nanti kuang3x...

10) N the most important pakai yang paling cun n kacak korang boley waktu first day ( tp formal la k) sebab nanti ad sesi fotografi n gambar tu guna untuk nametag. Kalau horrible, itu la dier nametag korang 4 semester kat kms!!!! Hahahaha...

Da cukup la tu aku nak gi study lak ni. Next week ad beribu lagi paper kena amek.. Huhuhu chow lu, anyway feel free la kalau nak tanya ape2 kat fb tu. N berikut adalah beberapa senior yg terrrbaek

Lisa kamal ( aku rase korg da kenal? )
Ayyub la ( hot! )
Fikri Azzim ( org yg akan tgkap gmbar passport korg nanti )
Alau (super senior)
Nurin Ayesha (aku lorh)
Ayuni shukor ( akak naqibah nih )
Zac Zulhusni ( the economist )
Ha.. taip je kat FB tu..

Friday, May 21, 2010

Jaga yerk budak-budak tindikan!

Akhirnya aku da berjaya memecahkan "the 40 days barrier". Oleh sebab yang demikian, aku x tido menghabiskan series The Mentalist yang baru disedut daripada IB senior. (kredit to Mr. Roni) Cerita tu memang terbaik. Akhirnya aku menjadi zombie kat kelas ari ni menghabiskan 3 masa Chemistry. Tapi tak pe yang terbaik, aku berjaya survive. Waktu rehat aku da x tahan tp still sempat gi makan pastu tido sampai kelas English pun aku skip dan akhir skali period math. Dan dengan itu saya telah menghabiskan 40 hari di semester 2 IB (tepuk2...).

Ini membawa kepada statement sterusnya, aku still ada setahun untuk IB? Adakah accelerated ini? Aku x tau.

Yang penting sekarang aku ada kat depan laptop Farah Irina ( Fab la... ) bersama budak2 tindikan yang lain. Dan kalau korg semua baca pos ni please dont use the 'cute' adj for a man. Tak masuk la. Pelik. ( utk perhatian Hanun, Aisyah, Nadiha dan sekutu mereka ).

Ok. Berhenti berceloteh. Post akademik untuk hari ini adalah bertajuk:

Memaafkan diri sendiri mengurangkan rasa bersalah menangguh kerja.












Cuba fikir baik2 bertapa banyak kerja yang kita tangguhkan, bygkan bwh katil yang tak bersapu, longgokan kertas yang tak pernah disusun, buku2 yang dibeli di book fair 2 tahun lepas yang masih ad 36 bab untuk dibaca, temujanji dengan doktor gigi yng dah 3 kali bertangguh dan banyak lagi.

Tapi yang menariknya mekanisme memaafkan diri sendiri yang ada kat diri manusia ini boleh membuatkan mereka meneruskan kerja2 tanpa berfikir mengenai perkara-perkara yang lepas. Dan yang menariknya mekanisme in aku guna untuk meng'ignorance'kan diri aku melarikan diri dari keserabutan world lit, tok, ee dan pelbagai lagi alphabet yang menakutkan itu.

Kepada mereka yang berminat bolehlah membaca jurnal lengkap Wohl et al. (2010)

p/s: Sekali lagi kepada Farah Irina, jangan gunakan perkataan itu untuk describe aku k.

Wednesday, May 12, 2010

Mengawal mimpi? Fantasi atau Realiti


Hi semua!

Untuk hampir sebulan berhempas pulas menggeladah pak cik Google untuk mendapatkan memori kembali adalah usaha sia-sia. Mungkin beribu sudah artikel dibaca tapi satu pun tak membantu.

Jadi, di sini saya Fikri Azzim meletakkan jawatan sebagai pencari memori yang hilang.

Dan dengan ini juga saya melantik diri saya untuk menjadi seorang manusia yang mengambil program IB di KMS yang mana hari ini sudahpun genap 30 hari. (kiraan ingatan terkini)

Letih sebenarnya berlakon seperti normal dekat sini. Bila orang lalu je senyum, dan samada dia senior ke? junior ke? IB ke? a-level? memang aku tak tau. Yang aku tau jantina mereka je. Lelaki atau perempuan. Itu je. Tapi keadaan dikira terkawal jugak la sekarang kalau nak dibandingkan dengan 10 hari pertama yang menyeksakan dekat sini.

Tutup laporan personal sehingga di situ.

Sebab yang sebenarnya aku nak cerita tentang satu artikel mengenai kaedah mengawal mimpi. Bagi mereka yang malas nak percaya, sila berhenti membaca.

Bagi mereka yang berminat (yes, kamu masih lg membaca) teknik mengawal mimpi ini bukanlah benda yang mustahil malahan sesetengah daripada kamu semua memang pernah mengalami mimpi macam ni. Mimpi terkawal atau nama "google"nyer adalah Lucid Dream.

Kenapa nak kawal mimpi?

1. Mengawal mimpi tidak salah dari segi undang-undang.
2. Tiada undang-undang dalam bermimpi.
3. Cuba bayangkan apa yang boleh kamu capai di alam mimpi?
4. Berapa ramai yang boleh kawal diri dalam mimpi? ( sedar diri bermimpi pun tak ramai )
5. Medapatkan idea atau ilham ( ye ker? mungkin? )

Ada kajian yang menunjukkan bahawa otak kita sebagai manusia adalah paling kreatif pada period REM. Iaitu satu jangka waktu ketika kita tidur, mungkin kalau kita membuat math pada jangka masa ni boleh menyelesaikannya dengan cepat. Siapa tahu?

Dan ini juga memberi penerangan kenapa sesetengah pelajar yang suka tidur dalan kelas adalah golongan mereka yang genius. ( pesanan penulis: anda tidak digalakkan tidur di dalam kelas )

Yang menarik lagi kita boleh melatih diri untuk mengawal mimpi. Memgikut pembacaan untuk mengawal mimpi perkara pertama adalah tidur melebihi 8 jam ( maaf ye kawan-kawan ). Dan yang kedua kita perlu melatih diri kita terlebih dahulu untuk 'recall' mimpi pada saat anda bangun pagi.

Oleh kerana terpengaruh dengan artikel lucid dream ni, aku pun bermula berlatih mengawal mimpi dan TERKEJUT kerana aku betul-betul boleh kawal mimpi. Huhu~ Tapi susah sebenarnya sebab saat kita sedar yang kita bermimpi, kebanyakan daripada kita akan banyak berfikir membandingkan mimpi dengan dunia sebenar dan menyebabkan mimpi itu lenyap begitu saja dan mereka pun terjaga.

Ish3x, rugi kan. Apapun aku sekarang da ad jurnal mimpi yang mana semua mimpi aku ad dalam tu, ( bile aku baca balik nak tergelak pun ad )

p/s: Cuba la dulu, x rugi pun, modal dier tido je...





Friday, April 9, 2010

Kebenaran Kehidupan; Reality Of Life


Letih. Hampir seminggu berada di rumah. Lebih tepat lagi 2 hari di hospital, sehari di pusat terapi dan sehari di rumah.

Ingatan aku dah semakin pulih, seingat aku, aku tak pernah hilang ingatan pun. Inbox hp aku dipenuhi dengan mesej get well soon. Ada 43 semuanya. Nak je aku reply semua, tapi tak mampu. Jadi adil la untuk tak reply satu pun.

Kepada mereka yang menghantar mesej, thanks a lot. I'm lot better now.

Selama aku berada di rumah, terlalu banyak buku yang aku baca, kebanyakannya buku-buku falsafah yang aku tak pernah sedar kelahirannya di rumah aku. Dan aku nak kongsi yang ini.

10 Prinsip Menjadi Manusia

1. Kamu akan mendapat satu badan, suka atau tidak ia menjadi milik kamu seumur hidup.

2. Kamu akan diberi pengajaran, kamu didaftarkan di bawah satu kursus dinamakan kehidupan.

3. Tidak akan ada kesalahan. Yang ada hanyalah pembelajaran yang mana kamu kenalah mengambil pengajaran daripadanya.

4. Pembelajaran akan diulang berkali-kali sehinggalah kamu mengambil pengajaran daripadanya.

5. Selagi kamu bernafas, selagi itulah masih ada benda yang perlu dipelajari.

6. Tiada tempat lain yang lebih baik bagi kamu melainkan di mana kamu berada sekarang. Tempat paling terbaik untuk melakukan apa sahaja adalah di mana kamu berada sekarang.

7. Kamu boleh mengubah dunia dengan dua cara sahaja. Sama ada kamu mengubah dunia dengan kehebatan kamu sendiri atau kamu mengubah dunia dengan mengubah cara kamu melihatnya.

8. Kehidupan kamu adalah siri pilihan yang membawa kepada kesan dan akibat. Kamu tidak boleh mengawal kesan atau akibatnya tetapi kamu boleh membuat pilihan.

9. Setiap persoalan dalam kehidupan ada jawapannya. Cuma kadangkala kamu memerlukan masa.

10. Jika kamu seorang manusia, kamu pasti akan lupa mengenai semua perkara di atas.

Act now. For now is all you have.

Saturday, February 13, 2010

Boys Don't Like Girls- Direct translation from lelaki tak sama dgn perempuan.


Yuppa! Everyone.. The CNY is here and I am still here at MCS, having a whale of time finishing my works and assignment. Not-to-forget a whale time to update my blog too, recently I was 'Googling' about Teddies and found a cute one for sale on the E-bay, better saving from now then.. Huhu~

As for this post I will not mumbling about Teddies or such but there is much interesting topic to discuss which is on the gender personality differences~ Ya know things like why men love football and cars so much and why woman keep babbling on how much they hate them! (with exception of course) Huhu~


Q: Oh, come on what's the difference?

A: As a matter of fact, men usually attracted to more technical things and asking question on how things work. That explains why most men are good at motors, cars, computers and much more. This is the psychological adaption that men usually as the leader of the family need to know how their environment works.

For women, most of them will actually more attracted to fashion and discussing about their feelings, this explain why most women tend to be more sensitive than man and why women love to ask questions like 'how do you feel..' and 'what do you think about..".

Q: Owh man, cut it out, it's boring to hear about these facts, what is the difference? Besides the difference anatomically of course..

A: Haha ok, there some humorous quotes then about the gender differences.. Here some of them:

1. Women have the Oh dear, the toilet paper is on its last sheet; must replace it immediately gene. This is entirely absent in men who have the Oh s..t! Can you pass me a toilet roll, love? gene!

2. Women have the If you need to be told I am not going to tell you attitude.

3. Men speak in sentences. Women speak in paragraphs.

4. If you told a woman that you had just returned from a trip to the surface of the Moon, she would show her interest by asking who you had gone with.

5.Men know that common house spiders are far less dangerous than scorpions.

6. Women could never invent weapons that kill, only ones that make you feel really bad and guilty until you surrender.

7. Men can watch an entire film without having to ask who is that, what does he do?

8.A man can choose and buy a pair of shoes in 90 seconds over the internet.

9. Men can drive without having to look at themselves in the mirror.


Yosh, I think that's all for this post. Need to get back working for the voice projection (English Carnival here I go!). Gosh, need to get rid of this pile of h/w and assignment first.

Friday, January 1, 2010

Kamu cute jugak yerk~


Perkara mengerikan sentiasa berlaku dalam hidup. Tapi dalam kes aku,jarang sekali. Seriusnya, hari ni antara hari-hari terakhir sebelum ditendang pulang ke KMS (sebenarnya sangat teruja~), jadi seperti rutin ibubapa yang caring’kan anaknya, sudah pasti aku diburu untuk rambutku dipastikan digunting kemas.

Fakta nombor 1: Aku tak suka rambut diusik ( walaupun dah rimas dengan rmbut panjang ni.)

Jadi cubaan mengelat pun bermula, dan akhirnya macam mana la pulak boleh timbul idea untuk melarikan diri dengan alasan membuat kerja last minute di library awam. (walaupun tak ada kerja :p)

Fakta nombor 2: Boleh dibilang dengan jari, berapa kali aku pergi library.

Sampai di library, aku menggelisah, dikelilingi oleh orang-orang yang tidak reti-reti duduk diam kat rumah, (no offense, kutuk diri sendiri sebenarnya~). Tapi library, dah upgrade, dah ad wifi (haha~ sebenarnya dah lama ada wifi, aku yang jarang pergi library). Dengan semangatnya aku membuka Lurvey (nama laptop aku lowrh~ ), tiba-tiba jeng, jeng, jeng

Sound effect. Bunyi cengkerik lepas hujan.

Gosh, ade gurl duduk betul-betul di depan aku. (note that I am a man :D) Blushing. Mesti la sebab awek tu seriously cun (macam dalam cerita si Cantik siri Indon tu ). Aku dengan cuaknya, berhenti ber’facebooking, kaget la jugak, then tiba-tiba awek tu bersuara~

“Oh, sorry, boleh saya guna power source sebelah awak,”...

Kuang3x.. rupa-rupanya sumer power source kat library tu dah sold out, tinggal satu je kat sebelah aku, ceyh buat aku gabra je minah ni... huhuhu~ X kan nak tolak kan, and seperti biasa aku yang x beberapa peramah memulakan la perbualan biasa-biasa.

Tak banyak yang aku tanya melainkan no. Ic dier, berapa ekor kucing yang dibela dan makanan kegemaran ibunya, fuhh itu jer, dan secara tiba-tiba waktu menjadi tengahari. Ahhhhhh.. (mengeliat). .

Cik Nurin: K bro blah lu.. Adeyh, thanks for the chat..

Awekz: Eh, jap.. Nak no. boley x? (Ape yg minah ni fikir?)

Cik Nurin: Owh, telefon kat umah(serius), kad pengenalan bawak la. Huhu~ nak tak? (sambil packing laptop nak blah).

Awekz: Ish, awak ni cute jugak ek~

Aku berlalu segera, tanpa berkata-kata.

..

Mengerikan.

Fakta nombor 3: Sila teka dan letakkan jawapan anda di dalam komen selepas bunyi Tuuut.

p/s: Sebenarnya nak upload post lama-lama tapi dah basi, jadi la ek upload yang ni.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More