Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Friday, September 11, 2009

30 Fakta Atau Auta Tentang Wanita

1. Bila seorang wanita dalam keaadaan bersedih, namun tidak mengalirkan air mata, ini bermakna dia sedang menangis dalam hatinya.

2. Apabila seorang wanita mengabaikan seorang lelaki selepas si dia melakukan kesalahan, adalah terbaik untuk memberikan wanita sedikit ruang masa sebelum lelaki tersebut memohon maaf.

3. Seorang wanita sukar mencari perkara yang dibencinya pada lelaki yang disukainya. (p/s: Betul ke?)

4. Jika seorang wanita jatuh cinta pada mana-mana lelaki, lelaki tersebut akan sentiasa diingatinya walaupun wanita tersebut bersama dengan lelaki lain!. (Wow! Hebat! )

5. Bila seorang lelaki yang diminatinya senyum dan pandang tepat ke arahnya, pasti seorang wanita akan cair.
6. Wanita sukakan pujian, tetapi tidak pandai memberikan reaksi yang sewajarnya.

7. Bila seorang lelaki banyak menghabiskan masa bersama seorang wanita, wanita tersebut akan mula meanggap bahawa . Dan jika seorang lelaki hanya menganggap bahawa wanita itu hanyalah sebagai rakan biasa, bersederhanalah dengan senyuman anda!

8. Jika anda ingin menolak cinta dari seorang wanita, tolaklah dengan cara yang lembut.

9. Jika wanita menjauhkan diri daripada lelaki selepas mereka berpisah, berikanlah mereka masa.

10. Wanita suka berkongsi pengalaman hidup mereka dengan orang lain. Muzik kegemaran mereka, novel kegemaran mereka dan banyak lagi..(menerangkan mengapa kaum hawa lebih ramai mempunyai blog peribadi..).

11. Jangan sesekali mengatakan kepada seorang wanita bahawa mereka tak berguna!.

12. Lelaki yang terlalu serius menghilangkan minat wanita terhadapnya. (serius nih..)

13. Orang kata pertama kali seorang jejaka menelefon si dia, pastinya si dia akan berlakon tidak berminat dengan perbualan tersebut.. namun sebaik sahaja talian diputuskan si dia pasti gembira tak terhingga!.

14. Sebuah senyuman membawa seribu makna buat seorang wanita..

15. Jika seorang lelaki ingin mendekati seorang wanita. Cara yang paling terbaik adalah dengan berkawan rapat terlebih dahulu. Biarkan si dia dan kamu mengenali diri masing-masing.

16. Jika seorang wanita memberi alasan kepada seorang lelaki bahawa dia tidak boleh keluar bersamanya kerana hendak mengulangkaji, maka berilah ruang masa kepada wanita tersebut.

17. Tapi, kalau tiba-tiba wanita tersebut berubah fikiran maka ikutlah perancangan asalnya. Jangan sesekali membatalkannya.

18. Lelaki di luar sana, jangan cuba untuk meneka perasaan wanita. Kerana wanita dicipta untuk tidak dijangka.. Apa susah tanya jer tuan punya badan.....

19. Bagi sesetengah wanita “I love you” juga memberi makna bahawa mereka adalah insan yang cantik jelita.

20. Pabila seorang wanita jatuh cinta kepada seorang lelaki, mereka kan tertanya-tanya kenapa tidak’ sebelum ni?.

21. Perlukan lebih tips untuk memikat hati wanita? Baca sahaja ribuan novel cinta di luar sana.

22. Siap je gambar kelas dicuci, wanita terlebih dahulu akan melihat siapa yang berada bersebelahan si dia yang diminati daripada gambarnya sendiri. (penulis suka tengok gambar sendiri jer.. :p)

23. Bagi wanita bekas kekasih akan sentiasa diingati, dan kekasih kini sentiasa di hati.. (chewaahh, penulis suka ayat nih..)

24. Wanita suka berseronok! (bukan ke semua manusia begitu?)

25..... Perkataan ‘hi’ dari seorang jejaka boleh menceriakan seorang wanita sepanjang hari.

26. Rakan yang terbaik bagi seorang wanita adalah seseorang yang memahami perasaan dan keadaan yang dilalui oleh mereka.

27. Wanita benci lelaki mendekati mereka dengan bermotifkan untuk lebih rapat dengan rakan wanita tersebut yang lebih cantik. ( penulis sangat-sangat bersetuju)

28. Cinta memberi maksud pengorbanan, kasih sayang dan kegembiraan dan semuanya perlu berlaku mengikut urutan.

29. Ada wanita yang menjaga rupa, ada yang lebih mementingkan akademik namun begitu perasaan dicintai dan dikasihi adalah yang terpenting bagi semua wanita.

30. Cinta adalah apa yang wanita mahukan. (selepas ditolak beg tangan Gucci, baju baru Summer Fashion Collection, handphone model terbaru Sony Ericson, alat penjagaan muka Loreal dan 1001 barang-barang yang lain..)

Saturday, September 5, 2009

50 First Dates!!


Teringat Nurin kan sebuah cerita, mengenai seorang lelaki yang macho yang baru berpindah ke sebuah perkampungan yang sederhana.

Dibuat nyer cerita kebetulan rumah beliau bersebelahan dengan rumah seorang gadis yang cun’ mengalahkan epal merah yang dikilatkan ( cun ke epal merah? ). Oleh kerana ke’cunan itu si lelaki yang romantic orgnyer cuba la ‘approach’ gadis tersebut.

Nak dibestkan cerita lagi, lelaki tersebut dgn mudahnya membuatkan si gadis tersebut jatuh cinta dengannya dalam masa satu hari. Tapi cuba korang semua bygkan.. Korang berjaya meluahkan perasaan korang kepada si dia pada hari ini.. tp pada keesokknnya si dia terus lupa akan janji itu..

Inilah yang terjadi pada lelaki macho dalam criter ni apabila dier mengetahui yang perempuan tersebut mengalami memori sindrom yg kritikal.. perempuan tersebut akan lupa segalanya yang berlaku semalam dan perkara ini berlaku setiap hari!!

Namun, oleh kerana cinta lelaki ini yg mendalam, beliau telah mencuba setiap ari dgn cara yg baru untuk memikat hati gadis tersebut.. So everyday, adalah hari 1st time diorg bercinta..
Dan inilah synopsis bagi movie pilihan bulan nih.. The 50 First Dates... Huhu selamat menonton~

Tuesday, September 1, 2009

Tiga Putera BT52 Dan Topik Perempuan

Cetera dongeng ini adalah berkaitan dengan point of view lelaki terhadap wanita.

Alkisah dongeng Nurin ceterakan, dari Negara Al-Farabi ku bawa. Kisah ini sangat popular di serata dunia mengalahkan teori Einstein dan juga teori of knowledge Mr. Plato yang sangat popular.

Tersebutlah kisah pada malam kemerdekaan Negara Al-Farabi, terdapat tiga orang putera yang semuanya berasal dari negeri BT52. Ketiga-tiga putera tersebut kacak rupanya (kecuali putera ke-3).

Putera yang pertama namanya Putera Taiko. Asal nama dirahsiakan, namun semua gadis jelita benua KMS memanggilnye lelaki idaman. Orangnya pendiam namun sekali berkata putar belit lidahnya berbicara. Lelaki idaman nama diberi adalah kerana ke’cool’an sifatnyer di hadapan para gadis. Putera tersebut juga amat meminati lagu MCR dan skali skala melihat drama Blogger Boy di 8tv.

Putera yang kedua, lahirnya di Australia. Namanya putera Otai, namun gadis-gadis di benua KMS memanggil putera tersebut dengan nama jejaka impian. Hal ini adalah kerana ke’terror’an si putera ini untuk bermain guitar. X lupa juga putera ini sangat matang rupa dan gayanya.

Putera yang ke-3 mungkin x layak digelar putera. Apatah lagi gadis seluruh benua KMS tidak pernah menyedari kehadirannya. X pandai bermain gitar ataupun gabus. Namun, putera ketiga ini yang x mempunyai nama amat meminati bidang masakan, fotografi dan psikologi.

Dikataakan suatu ketika, semua putera2 tersebut berdiskusi di kamar F118.

“Aku sedang terfikir, apa agaknya yang membuat kita suka pada gadis yach?” Tanya putera ketiga pada putera yang lain sambil menyelak novel Saga yang sdg dipegang.

“Hm.. apsal tetiba lak ko tanya nih?” Tanya si putera otai sambil memetik gitarnya mengikut tab lagu Lucky dendangan Jason Mraz.

Putera Taiko mengerutkan dahi, sambil menyelak formula math yg baru dibuatnya.

“Kalau aku x tau la, belum pernah aku suka mana2 gadis..” kata putera Taiko bersahaja.

“Ah, jgn nak tipu ar, da la hensem mcm org korea ada kata x pnah suka kat sesape,” celoteh putera ke-3.

“Aku rasa bertukar-tukar la, kdg2 aku suka atas rupa, ada kalanya sifat pendiam mereka..” putera Otai mencelah.

“Pendiam, peliknya.. Huhu~ kalau aku suka sbb.... personaliti.. sebb diorg nmpak tabah, baik n matang menyelesaikan masalah tp kalau bersih dan kemas cm bonus marks arr, hm ad lagi, lagi best kalau diorang pndai masak, ngemas n mesra ngan budak....” terang putera ke-3 bersungguh-sungguh.

“Mak aih cerewet siot, ko ni nak kahwin tua ker memilih sgt.. Tp tu la skrang market byk sgt perempuan yg dah x pndai masak. Susah jugak kalau cm ni..” muncul putera ke-4 dengan slang kelantanese nyer.

“Korang kalau hal ni jgn tanya aku sebb aku x suka pompuan.”kata putera Taiko serius.

“KO GAY KE??” jerit putera2 yang lain serentak.

“ X de la, cuma malas nak fikir x-factor nyer, kalau aku suka pun x nah tau sbbnyer..” jelas putera Taiko.

“ Em, ko suka pompuan pendiam ek, dari segi body language nmpak cam dah jatuh cinta dengan gadis di negeri BT52?” putera ke-3 struggle’ untuk mengorek rahsia.

“ Eh cm ner lak ko ley tau”, dengan reaksi muka ter’kantoi nyer.

Nampaknya catatan manuskrip yang Nurin jumpa terhenti di sini sahaja, siapakah gadis bertuah yang diminati jejaka impian tetap menjadi rahsia sepanjang zaman. (Mak aih tension cter nih...)



Konklusi: Ayat paling popular di kalangan perempuan adalah “lelaki ni semuanya sama”, walaupun hakikatnya semua lelaki berfikir dengan cara berbeza, huhu~

Tuesday, August 11, 2009

Saya suka dia! 2

Hi semua! Hari ni Nurin amatlah teruja sebab baru lepas menghabiskan aktiviti kelab kulinari. Bukan sebab apa lauk ayam masak merah yang dimasak tersangatlah ‘superb’ (bukan Nurin yang masak pun). Apapun mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua; Lisa, Mardhati (ketua chef untuk hari ni), Farah Yasmin, Najian, Ain, Afiqah, Aqilah, Fatimah, Alia dan tidak lupa juga kepada Safiah (ahli kelab baru kulinari!) dan tak lupa juga kepada semua budak lelaki dan miss mazrah(penasihat kelab). Terima kasih atas ayam masak merah yang penuh dengan kasih sayang tu.. Huhu~

Kembali kepada perbincangan di post yang lepas, berbalik kepada faktor yang menyebabkan kita menyukai seseorang. ( akhirnya kembali ke isi utama selepas melalut ).. Baiklah faktor ke-3 yang dipilih oleh kebanyakan orang adalah:

Persamaan

Eh? Ni fakta ke auta? Banyak jer cerita cinta yang menunjukkan cinta yang timbul disebabkan perbezaan, si putera raja berkahwin dengan gadis pencuci di luar Bandar, mamat mafia rempit berkahwin dengan ustazah sekolah agama, si hodoh berkahwin dengan si jelita. Kalau macam tu apa maknanya jatuh cinta atas dasar persamaan?

“Ter”perasan atau tidak darjah kesukaan kita terhadap sesuatu individu secara realitinya adalah pada persamaan. Seorang lelaki yang meminati fotografi akan mudah tertarik kepada wanita yang juga meminati fotografi.. Perempuan akan kagum dengan lelaki yang meminati cerita Korea.. Huhu~ Dan begitu juga lelaki akan kagum kepada wanita yang berjaga malam menonton perlawanan bola ataupun pandai bermain gitar! (p/s: salute to Suhana!)

Darjah keprihatinan

Satu hari anda ternampak baju yang sangat mengiurkan anda. Dan ketika itu, baju tersebut telah dipotong haganya setengah dan anda baru sahaja mendapat RM 600 duit biasiswa. Anda kemudian lantas mengambil baju tersebut lalu menyapa kakak yang berada di kaunter. Keesokan harinya anda bangun seawal 3 pagi semata-mata untuk menggosok baju itu. Selepas 3 jam menggosok baju anda pun dengan segera turun ke kelas dengan baju baru dan harapan semua orang akan memujinya. Sayang sekali, kebenaran memahitkan.

Kelas jalan seperti biasa dan tiada siapa pun yang memuji baju anda yang masih ber’tag’ harga itu. Sadis bukan? Namun, segalanya berubah, tiba-tiba dari satu sudut bilik darjah datang seorang mamat yang prihatin dan menegur ke’superb’an baju anda yang masih berbau kilang. Mamat tersebut tidaklah sekacak Johny Depp atau Aron Aziz ataupun secomel mamat dalam mana-mana cerita Korea, tidaklah juga menegur dengan suara semerdu David Archuleta. Namun, keprihatinan si dia ini sudah cukup untuk berasa dihargai dan kemudian membawa kepada cinta.

Begitulah juga dalam perkara-perkara yang lain. Sifat ‘caring’ atau prihatin seseorang kadangkala boleh membuat kita jatuh cinta... (Patut la ramai orang sukakan Princess Diana..)


p/s: Nak mintak Mardhati ajar masak ayam masak merah sampai pandai.. Huhu~

Saturday, August 1, 2009

Saya suka dia! Kenapa?

Fitrah seorang manusia untuk menyukai seseorang. Namun, apakah kriteria yang menyebabkan anda jatuh cinta pada si dia. Hm.. satu senarai panjang yang dibuat sepanjang petang pun belum tentu dapat menyenaraikan kesemuanya. Ya lah~ cara dia senyum, pakaian yang dia pakai, haruman kelakiannya dan cara dia bercakap semua mempengaruhi perasaan dan emosi kita sebagai pencinta lelaki~.

Hm... apa yang Nurin jumpa sepanjang hari melayari facebook dan bertanya kepada Mr. Google dan Mr. Yahoo perasaan suka atau cinta bergantung kepada empat faktor utama:

Rupa luaran

Ramai orang mengatakan mereka tidak jatuh cinta kerana rupa (lebih-lebih lagi lelaki..) namun bagi golongan pakar dalam psikologi dan perhubungan (Eagly, Feingold, Moreland dan Beach, Hartfield and Rapson dan ramai lagi..) telah menunjukkan bukti bahawa rupa paras merupakan faktor utama yang menjadikan hati berdegup kencang pabila bertemu dengan si dia~. (patut la David Archuleta ramai peminat... soo cute~)

Hm.. secara sedar atau tidak, mahu atau malu, kita sememangnya menilai manusia dari rupa paras mereka.. Tiba-tiba Nurin teringat kepada rakan sekelas baru, rupa macam orang Korea.. ~Lelaki idaman panggilannya~

Keakraban


Orang kata (orang tua-tua la..) tak kenal maka tak cinta~ Mungkin ada betul kata-kata ini.. Makin lama, makin kerap kita memandang si dia, makin rapat hati kepada cinta. Ini menerangkan bagaimana ramai rakan karib yang berakhir menjadi kekasih!
Tapi, zaman sekarang da berubah, dengan YM pun orang sudah boleh jaduh cinta, sekali komen di Friendster atau MySpace pun da boleh untuk menjadi pasangan kekasih. Penjelasannya? Sungguh sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.

Untuk dua lagi faktor ke”jatuh”an cinta, bersambung di post akan datang..

p/s: Di kolej Nurin sekarang semua orang dikuarantin sebab H1N1, jadi salah satu hiburan yang ada hanyalah ber’blogging’. Nasib baik selsema ni tak merebak melalui Facebook kan..~

Friday, June 26, 2009

~Wrap Up~ Edisi Jun 09'

SMS membunuh!

SMS kini sudah menjadi ‘trend’ oleh kerana sifatnya yang mudah dan kos yang rendah, dan statistik juga menunjukkan bahawa bilangan SMS sememangnya sudah melebihi bilangan panggilan (tak perlu statistik pun dah sedia maklum!).
Teruskan membaca..




Jenis Kekasih Bahagian 1

Seperti mana adanya jenis-jenis kek di kedai kek kesukaan anda, begitu juga adanya jenis-jenis kekasih yang anda perlu tahu. Secara amnya kekasih ini dibahagikan kepada enam jenis: Teruskan membaca..



Jenis kekasih Bahagian 2

Pragma (Logikal)
Lelaki yang amat praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logic dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada angan-angan cinta.

Teruskan membaca..


17 Again



Kali ini buat pertama kali dalam ruangan ~Love~Wayang~ edisi Jun, penulis telah memilih filem 17 Again. Mengapa? Kerna penulis mendapati filem ini menarik dan sesuai ditonton bagi kamu dan si dia bagi bulan ini.
Teruskan membaca..







Hana Kimi



Sedang penulis sedang seronok melayari web mencari drama pilihan bagi bulan ini, terjumpa penulis dengan dengan siri drama Hana Kimi dari Jepun ini jika penulis tidak silap.

Teruskan membaca..



Tiada Yang Kedua & ps I Love You



Tiada Yang Kedua

Sedang penulis menghadiri PestaBuku Antarabangsa yang lepas, terjumpa penulis dengan novel baru yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan novel yang tidak asing lagi iaitu Alaf 21. Novel yang dimaksudkan penulis adalah Tiada Yang Kedua.


Ps, I Love You


Berlatar belakangkan Ireland, Holy Kennedy seorang gadis rupawan, telah berkahwin dengan seorang lelaki yang romantis, matang dan kacak bernama Gerry.
Teruskan membaca..

Sunday, June 21, 2009

~Love~Novel~ Edisi Jun '09


Tiada Yang Kedua

Sedang penulis menghadiri PestaBuku Antarabangsa yang lepas, terjumpa penulis dengan novel baru yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan novel yang tidak asing lagi iaitu Alaf 21. Novel yang dimaksudkan penulis adalah Tiada Yang Kedua. Sinopsis bagi novel tersebut adalah seperti di bawah:

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Mengikut maklumat, ini adalah novel pertama Sania Yasmin bersama Alaf 21. Novel ini boleh didapati di kedai buku terpilih seluruh negara dengan harga RM 19.00.

Ps, I Love You

Berlatar belakangkan Ireland, Holy Kennedy seorang gadis rupawan, telah berkahwin dengan seorang lelaki yang romantis, matang dan kacak bernama Gerry. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila nyawa Gerry suami Holy telah diambil oleh satu penyakit misteri. Oleh kerana perhubungan mereka sangat rapat, dan kehidupan Holy banyak bergantung kepada suaminya, kematian Gerry seolah-olah membawa sekali nyawanya pergi.

Apabila harapan untuk hidup sudah hampir tiada, Holy didatangi dengan satu set 10 keping surat yang di mana setiap satunya merupakan mesej daripada Gerry yang ditulis sebelum kematiannya agar Holy dapat meneruskan hidup tanpanya. Setiap satu surat dibuka untuk setiap satu bulan. Oleh kerana surat-surat tersebut Holy kini dapat meneruskan hidupnya seakan-akan suaminya ada di sisi.

Namun begitu, apabila surat terakhir sudah tiba untuk dibuka. Holy mula memikirkan masa depannya tanpa surat tersebut, jadi apakah mesej terakhir Gerry?

Bagi penulis novel ini adalah sangat menarik untuk dibaca bagi mereka yang meminati novel Inggeris. Jalan ceritanya dibuat dengan baik sekali dan perincian bagi rupa watak dan latar lain adalah jelas sekali. Sesuai untuk dibuat sebagai bacaan ringan. Novel ini kemudiannya telah diadaptasikan kepada filem pada tahun 2007.

SMS MEMBUNUH!


Terlalu banyak ber-sms boleh membunuh perhubungan anda samada bagi yang baru berputik ataupun sudah lama bersama. Artikel ini ditulis bagi membantu anda mengelakkannya.

SMS kini sudah menjadi ‘trend’ oleh kerana sifatnya yang mudah dan kos yang rendah, dan statistik juga menunjukkan bahawa bilangan SMS sememangnya sudah melebihi bilangan panggilan (tak perlu statistik pun dah sedia maklum!).

Jadi bukan lah sesuatu yang janggal lagi menjadikan sms sebagai medium penyampai cinta anda. Namun jaga-jaga: Adanya perkara seperti Terlalu Banyak SMS (ataupun ringkasnya TBS). "Over ber’SMS’ menakutkan si dia," kata seorang pakar perhubungan Arlene Krieger, PhD. "Mereka (si dia) merasakan satu tekanan apabila menerima pesanan yang terlalu kerap."

Terdapat beberapa keadaan ataupun situasi yang di mana dinasihatkan tidak sesuai untuk ber-SMS kepada si dia.

Selepas ‘dating’ kali pertama. Sesuatu yang sukar bagi seorang wanita untuk tidak ber-SMS si dia selepas kali pertama berjumpa, namun nasihat saya pendam perasaan tersebut terlebih dahulu. "Terlalu teruja dengan kerap memberi SMS, akan mengurangkan cabaran bagi si dia untuk lebih rapat kepada anda, dan ini bukanlah sesuatu yang baik" kata seorang pakar psikologi Diana Kirschner, PhD, pengarang kepada buku Love in 90 Days.

Pabila kamu mabuk? Mamai?. Oleh kerana telefon tidak dilengkapi oleh pengesan bau mulut anda, semuanya terpulang kepada anda sendiri untuk berhenti ber-SMS dalam keadaan mamai — lagi-lagi daripada memberi SMS untuk berjumpa dengan segera (A.S.A.P). Kadangkala, anda sendiri mungkin tidak tahu apa SMS yang anda hantar kepada Si Dia dalam keadaan mamai begitu.

Penyelesaian terbaik- berhenti daripada mengambil minuman keras/beralkohol. Namun begitu, bagi mereka yang tidak mengambil minuman beralkohol berhati-hati juga apabila ber-SMS ketika anda mengantuk ataupun baru sahaja bangun dari tidur.

MARAH!.Kadangkala ada masanya si dia membuat anda marah, tetapi dengan menghantar SMS seperti "Kenapa x call?" akan menunjukkan anda seorang yang agresif dan tergesa-gesa. Jikalau boleh elakkan ber-SMS dalam keadaan marah atau menghantar SMS yang mengatakan anda sedang marah.
Ingat bila anda menulis adalah sukar untuk menariknya kembali. Keadaan sebaliknya berlaku jika anda berada dalam keadaan gembira, adalah sesuatu perkara yang romantis untuk berkongsi perasaan gembira dengan pasangan anda. Walaubagaimanapun, lihat dulu dengan respons si dia, jika si dia tidak berminat tidak perlulah anda teruskan cerita anda tersebut.

"Gol!!!". Kebanyakan lelaki tidak suka diganggu apabila mereka sedang menonton perlawanan bola sepak. Buktinya, ramai rakan-rakan penulis yang akan meng-"off"-kan telefon bimbit mereka untuk memastikan mereka tidak diganggu.

Apatah lagi perlawanan tersebut melibat perlawana pasukan kegemarannya pada perlawanan akhir. Namun, jika si dia bukan seorang yang sukakan bola sepak anda sungguh bertuah!

Cukup, baru je SMS tadi?. Dalam perhubungan yang berterusan, anda mungkin bergantung kepada SMS kebanyakan masa dan tidak salah bagi anda untuk kekal berhubung dengan si dia. Cukuplah sekadar SMS sekali sehari dan bukannya ber-SMS sepanjang hari. Ingat si dia ingin mengetahui perkembangan anda bukannya setiap perkara yang anda buat hari-hari!.

Anda tambahan? Cadangan? Ataupun pengalaman anda sendiri bersama si dia? Jangan lupa tinggalkan komen!

Saturday, June 13, 2009

~Love~Drama~ Edisi Jun '09


Hana Kimi

Sedang penulis sedang seronok melayari web mencari drama pilihan bagi bulan ini, terjumpa penulis dengan dengan siri drama Hana Kimi dari Jepun ini jika penulis tidak silap.

Drama yang diilhamkan oleh manga ini terlebih dahulu difilemkan di Taiwan.

Secara ringkasnya, Hana Kimi mengisahkan mengenai Mizuki Ashiya, seorang gadis dari Jepun yang menetap di U.S. Pada satu hari, beliau terlihat akan satu pertandingan lompat tinggi di televisyen dan tertarik pada seorang atlet lompat tinggi bernama Sano Izumi.

Satu tragedi ngeri telah berlaku kemudiannya apabila Ashiya telah diserang oleh sekumpulan perompak. Sano yang secara kebetulan lalu di situ telah menyelamatkan beliau dan telah ditikam di kakinya. Sano kemudiannya telah menarik diri dari arena sukan.

Berasa bersalah dengan apa yang telah terjadi Ashiya membawa dirinya ke Jepun untuk mendorong Sano untuk menyertai arena sukan semula. Namun, masalah timbul apabila Ashiya mendapati Sano bersekolah di Osaka Gakuen. Iaitu satu all-boys school yang di mana dipenuhi dengan jejaka kacak dan berbakat. Ashiya kemudiannya telah menyamar menjadi lelaki dan di sinilah cerita Hana Kimi ini bermula!

Bagi penulis, cerita Hana Kimi mempunyai unsur humor yang baik dan kisah cinta yang berbelit. Diceritakan nanti salah seorang daripada rakan sekelas Ashiya jatuh cinta kepadanya dan rakan sekelas tersebut dalam dilema kerana tidak dapat menerima yang beliau mencintai seorang lelaki!

p/s: Klik pada gambar untuk menonton drama Hana Kimi secara online!

Thursday, June 11, 2009

Jenis Kekasih Bahagian 2


Pragma (Logikal)
Lelaki yang amat praktikal dan realistik. Cinta jenis ini dicirikan sebagai logic dan munasabah. Individu itu lebih mengutamakan praktikaliti daripada angan-angan cinta.

Perasaan cemburu buta tidak mudah menguasai fikiran mereka yang Pragma. Mereka tidak mudah tenggelam dengan perasaan rindu-rinduan.

Jikalau rindu boleh menyebabkan pelajaran mahupun kerja terganggu, si dia sanggup mengenepikan rindu tersebut.

Ludus (Permainan)
Cinta itu satu permainan! Ada yang menang ada yang kalah dan kadangkala seri… Si dia yang tergolong dalam kategori ini menganggap cinta sebagai satu permainan dan pertandingan yang harus dimenangi.

Ia membabitkan cinta yang tiada komitmen, kurang kemesraan, berahsia, tiada perancangan masa panjang dalam perhubungan malah suka pada perhubungan yang mendadak dan tidak teratur. Cinta sentiasa berisiko. Ada ketika dia terluka, dan ada ketika si dia melukakan.

Eros (Romantik)
Si dia yang romantik sentiasa mengkhayalkan perkara yang indah belaka. Dalam inpian mereka, percintaan yang ideal memerlukan kerjasama pasangan. Saling membelai, sentiasa memberi dan menerime sekaligus mengambil berat mengenai hal-hal yang mungkin dianggap remeh oleh insan lain.

Memujuk, menghadiahkan bunga, memberi coklat atau membisik bahasa romantik merupakan elemen yang disukai oleh pasangan Eros.

Sunday, June 7, 2009

~Love~Wayang~ Edisi Jun ‘09


17 Again

Kali ini buat pertama kali dalam ruangan ~Love~Wayang~ edisi Jun, penulis telah memilih filem 17 Again. Mengapa? Kerna penulis mendapati filem ini menarik dan sesuai ditonton bagi kamu dan si dia bagi bulan ini.

Bagaimana jika anda diberi peluang untuk kembali kepada zaman muda anda?

Tahun 1989, Mike O’ Donnell (Zac Efron) adalah seorang bintang di sekolah tingginya, seorang pemain bola keranjang yang hebat dan ramai kolej yang berebut untuk mendapatkan dia. Walaupun dia mempunyai masa depan yang cerah, dia telah memilih perkara yang sebaliknya, iaitu dia mahu bersama dengan teman wanitanya Scarlet dan anak mereka yang bakal dilahirkan.

20 tahun kemudian, hari-hari kegemilangan Mike (Matthew Perry) sudah pun berakhir. Perkahwinannya bersama Scarlet (Leslie Mann) tidak kekal lama, dia tidak mendapat kenaikan pangkat di tempat kerjanya, anak-anaknya tidak sukakannya dan hidupnya kini hanyalah bergantung kepada kawan ‘nerd’nya di sekolah tinggi dahulu yang sekarang sudah bergelar jutawan iaitu Ned (Thomas Lennon).

Mike kemudiannya diberikan peluang kedua, apabila berlakunya sebuah insiden yang menyebabkan dia bertukar seperti seorang remaja berumur 17 tahun semula.

Filem 17 Again bagi penulis adalah berunsur humour dan mempunyai jalan cerita yang baik. Namun yang demikian, seperti dalam kebanyakan filem Zac Efron yang lain, dalam filem ini juga menggambarkan Zac Efron seorang pemain bola keranjang yang handal.

Jadi bagi mereka yang masih mencari-cari filem yang sesuai ditonton di panggung pada bulan ini apa kata cadangkan 17 Again pada si dia.

p/s: Klik pada gambar untuk link ke laman rasmi 17 Again (trailer juga ada di sana).

Monday, June 1, 2009

Jenis Kekasih Bahagian 1

Seperti mana adanya jenis-jenis kek di kedai kek kesukaan anda, begitu juga adanya jenis-jenis kekasih yang anda perlu tahu. Secara amnya kekasih ini dibahagikan kepada enam jenis:

Storge (Kawan Karib)
Asalnya daripada perkataan greek yang membawa maksud cinta semulajadi. Bermula daripada sekadar seorang sahabat yang rapat. Si dia boleh boleh berubah menjadi pasangan sejiwa. Lelaki daripada kelompok ini dikatakan berkongsi harapan, impian dan minat. Mereka mungkin pasangan yang selamba.

Kemesraan mereka adalah secara besederhana dan bersifat praktikal. Mereka juga mungkin dikagumi ramai kerana jarang timbulkan rasa cemburu. Mereka juga ada ketika dikagumi ramai kerana jarang timbulkan rasa cemburu. Sebarang krisis atau perpisahan ditangani secara bijaksana. Jika berlaku keretakan hubungan, lelaki jenis ini masih boleh bersahabat.

Agape (Pengorbanan)
Dalam perkataan Greek Agape membawa maksud terbuka, namun begitu dalam istilah sosial psikologi ia memberi maksud si dia yang amat mengambil berat tentang insan yang dikasihinya. Mereka ini amat putih hatinya, pengasih dan mudah beralah. Si dia sedikitpun tidak mengharapkan balasan. Namun yang sering berlaku, si dia yang bersifat Agape ini mudah dipermainkan atau berisiko dikhianati kerana kejujuran mereka yang hebat.

Mania (Kepunyaan)
Ini yang dikatakan cinta setengah mati, si dia yang memiliki cinta sebegini dalam fikirannya hanya memikirkan cinta dan cinta serta cinta! Itu sahaja yang difikirkannya.

Sifat mereka mudah cemburu, terlalu mengongkong serta terlalu takut pada penolakan cinta. Namun, lelaki yang terlalu obses cengan cinta ini sering hidup dalam angan-angan dan menagih kasih sayang melampau daripada pasangannya. Jikalau berlaku kecurangan, si dia jenis Mania akan menjadi terlalu kecewa dan mungkin boleh bertindak agresif terhadap pasangannya.

Bersambung pada post Jenis Kekasih Bah. 2!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More