Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, September 21, 2011

Dia yang tidak berjalan ke hadapan.

Duh, klise utk mengatakn sudah lama update tidak dilakukan.

Tapi tak mengapa tak banyak berubah cuma,

..telah berpindah ke Sir Fred Schonell,
..bought a new Iphone 4
..broke my nose
..lost my Iphone, duh
..found it back at the Lost n Found
..lost my wallet and other vital document
..bought a Macbook Pro
..attended 3 festivals
..got back my wallet from an honest guy
..berpindah ke Boomerang Rd
..raya!
..demam
..baik demam
..dan beberapa lagi series kehidupan yg boleh dicompilekan dlm satu episod.

Dan semuanya telah lepas, lemas dalam dimensi ukuran masa sendiri.

Yang penting,
Jalanlah ke hadapan.

Dia yang tidak berjalan ke hadapan,
Akan berundur ke belakang.


*dgn assumption 'dia' sdg berada di atas treadmill.

Tuesday, June 14, 2011

Masalah bukan penyelesaian.

It isn't that they can't see the solution.  It is that they can't see the problem.  ~G.K. Chesterton

Penulis telah hidup 2 dekad, dan selama itu tidak pernah bertembung dalam mana-mana permainan 'hacking' selain daripd konsep yd diterapkan dlm Matrix Trilogy. Nmun tindakan kerajaan untuk meletakkan ban kepada 10 web yg terkenal dengan trafik yg tinggi dan selalu digunakn oleh penulis sendiri telah mewujudkn 'sebab' bagi revolusi hackers bermula. 


Dari mana datangnya idea SKMM utk mengadakn ban ni? Mengutip kembali kepda kata2 PM kita pada 24 April lalu;

"Malaysians have to thank Dr Mahathir again for this. When he was prime minister and Malaysia was developing its Multimedia Super Corridor, he made the promise to the world that Malaysia would never censor the Internet. My government is fully committed to that wisdom; we intend to keep his word," he said.[Source]



Huh, hanya beberapa buln purnama kemudian 10 web 'filesharing' di ban. Jika alasan SKMM mengadakan ban "by DNS block" bagi menghalang 'illegal downloading'. Ia adalah satu tindakan yg sia-sia. Taip saja 'ways to unblock websites' dan senarai panjang disediakan oleh Mr. Google. Jd, ia membawa kepada persoaln, sejauhmanakah ban itu berkesan?

Imejan Surreal Pemikiran Hackers


Implikasi tindakan 

Seperti yg dikhabarkan, tindakn kerajaan membawa kepda revolusi hackers Malaysia secara besar-besarn. Contohnya seperti populariti group hackers sperti Anon dan rilekscrew yang kini kian meningkat. Ditambh lg dgn provokasi dan sokongan warga blogger dan pengguna internt lain, mereka seolah2 'mendapat izin' untuk menjalankan kerja-kerja "hacking".





Ingat Lin Mun Poo? Seorang warga Malaysia, seorang hackers yg berjaya menggodam US Federal Reserve Bank. Ya, mmg betul Lin Mun Poo ditgkp, dan secara tidak lgsung Malaysia kini diletakkan dalam ranking tertinggi lokasi "hackers" setanding Russia dan China. Apa yg penulis nampak adalh hal ini melibatkan keselamatn negara secara tidak lgsung dan perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan




Mgkin apa yg mahu dicapai oleh kerajaan adalah utk menjd negara pertama yg melakukan banned terhadap web2 ini dan menjd contoh kpd negara2 lain dlm membanteras illegal downloading. Tp mereka lupa ini bukan penyelesaiannya, malah ia menjd msalah.



 Hence, goes the saying;

It isn't that they can't see the solution.  It is that they can't see the problem.  ~G.K. Chesterton

p/s: Penulis pun da mula bercdg nak belajar programming.

#2 Wordless Wednesday


Love the concept? Join the movement. Wordless Wednesday #WW

Wednesday, June 8, 2011

Notasi Fonetik

Oleh kerana keserabutan fikiran memikirkan waktu-waktu yang dibazirkan. Aku mula menyenarai-pendekkan perkara-perkara rasional utk dibuat. Antaranya adalh seperti berikut:

1) Polish public speaking skills. (Bosan)
2) Enhance fotografi skills. (Done)
3) Menimba ilmu2 blogging di web. (Antara alasan eskapisme yg bagus)
4) Buat videolog? ( Serius aku da gile)
5) Do photoshop more (Done)
6) Program turun ke dapur. ( Ini bagus kata mak)
7) Jalan2 Malaysia ( low on budget la)
8) Belajar Mandarin

Selepas lama menyenarai last skali no 8 jugak aku buat, ntah demam apa kah aku rasa bahasa Mandarin sgt menarik, padahal baru belajar hanyu pinyin.

Gosh da cukup, itu je aku nak ckp. Wish me luck in learning Mandarin.

Homonim berselit idiosinkrasi betul la aku ni.

Tuesday, June 7, 2011

#1 Wordless Wednesday


Love the concept? Join the movement. Wordless Wednesday #WW

Rindu KMS

Shoot! Tak sangka aku akan cakap aku rindu sekolah tu, siap boley buat post lagi. Tp serius semenjak keserabutan-kesibukan-keramaian IB berakhir aku rasa kosong. Ye la orang semua cakap lepas abis IB nak berehat, serehat-rehat nya(aku ler tu).

Ahaks, x sampai seminggu abis jer BTN, aku da gelisah. Da rasa mcam 5 tahun menganggur, hiperbola kan? Tp hakikatnya memang bosan kot.

Aku rindu..

bunyi keluhan "IB susah dowh"..
bunyi shower no. 8 ( favourite shower aku)
alarm clock roomate aku..
bunyi kucing yg aku slalu bg makan..
bahan2 member2 aku samada seKelas, seAsrama, seIB, seKMS dan seAngkatannya
bunyi siren untuk ke DS..
bunyi budak2 main futsal depan Farabi
dan bunyi pintu locker besi yang berkarat..

aku rindu..

aktiviti CAS..
buat math portfolio.. yang sgt apekah..
aku rindu ayat plagiarisme
aku rindu kelas
rindu cikgu2 ( madam Rohana! )

etcetera byk sgt nak disenaraipendekkan,
jimat space skit.

Tapi secara reverse psychology, kalau ad org tawarkan aku rm 100 000 pun aku tak kan lalui lagi IB. Serius.
Hahaha, kiranya da abis IB boley la kan nak ckp rindu2 ni, dlm IB menyumpah2. Twoface!

Lumrah manusia kan. Sekiranya korang paham penulisan aku.

Wednesday, May 11, 2011

Kryptonite.

Which one is better deceivers, fallacy or idiosyncrasy? If anything is baffling around you, stop and think for a while. Fries and hamburgers are not bad at all, overeating is. Spending and shopping are not sins, swiping your plastics card without thinking is. 

I am not a nihilist neither a realist, but I'm sure an  optimist. But does that makes a communist my enemy? No!

If you think more money will bring you happiness? Then, think again and listen to the Price Tag song. But, if its your dream to have more money and its works somehow in motivating you, then keep dreaming. 

Sometimes in life when you feel like you have the power, can fly above anything else, and even capable of breathing in vacuum, remember that there is always KRYPTONITE.






Thursday, May 5, 2011

Kisah Sampingan Siri Osama Laden

Kematian Osama menjadi trend hangat twitter baru-baru ini, nasib baik trendingnya tidak mengalahkan trend Royal Wedding di twitter. 'Of course' la berita kahwin lagi orang suka dari berita kematian kan? 

Di sebalik spekulasi yang dilontarkan, pihak-pihak lokal, dan juga mereka yang berfikiran realism beserta separa nihilsm. Ada cerita yang lebih menarik, ya mmg betul nilai matawang US Dollar naik selepas pengumuman rasmi cik Obama kita tapi bukan itu fokus penulis kali ni.. (gaya kolumnis skit~)  

Bukan juga penulis berpaksikan akal-akal pendek yang gemar benar melakukan sumpah-sumpah laknat. Tapi yang lebih menarik adalah sumpah seorang guru di East Wenatchee, Washington di mana beliau bersumpah untuk tidak bercukur selagi Osama bin Laden tidak dibawa ke muka pengadilan.

Ok, ini pelik. Tp waktu cikgu tu bersumpah dia ingatkan Osama akan ditangkap dalam masa beberapa bulan. Nasib la cikgu ooi, 10 tahun la jugak menunggunya, mungkin ini la apa yang member aku slalu cakap "naik berjanggut la aku tunggu ko"

Sayang la pulak nampaknya nak cukur lepas 10 tahun simpan.


OK. Nampak muda 10 tahun.

p/s: Moral of the story, jangan buat sumpah2 yang mengarut!



Sunday, May 1, 2011

BreakUpEmail.com

Zaman sekarang da mudah,
kalau nak makan ayam,
da tak payah susah-susah..

bangun pagi bagi makan dedak,
cukup masa kena tgkap ayam,
kena sembelih dulu,
rebus-rebus, cabut bulu,
masak yang mana semuanya menggunakan agak-agak 3 ribu joule tenaga.

sekarang guna wang kertas aje,
beratur 3 minit,
da boleh pilih satu 'bucket'
siap boleh minta rempah ke atau asli
ikut suka.

Itu kira boleh terima lagi.

Tapi tak sangka la pula break-up email pun ada yang segera.
Mak aih..
Mengalahkan mi s*dap dan juga M*lo 3-in-1 yang terkenal dgn kepantasan penyediaan mereka.

Helping end relationships?


Ada cuba-cuba main jugak, inilah contohnya~


Dear Nurin Ayesha,


I'm writing you this email because I think our relationship has run its course. Your arrogance seems to have no limits; it's as if you think you're actually somebody. I know you'll probably tell everyone that you dumped me, because you're a liar. But everyone knows that already, so they won't believe you. You couldn't even pass your exams without cheating; I should have known you'd cheat on me too, prick. I called the nursery school program, and they agreed to let you in after they assessed your maturity level. 






Even though our relationship is at its end, I hope we can still be friends. It may be a typical line, but it's true: we just aren't meant for each other. I'm sure we'll see each other again, if you're ok with it. I think you get the idea: this relationship is over.


Wish it could have worked out,
Rustin Hieber


p/s: Agak-agak ada tak blog post generator?

Monday, April 18, 2011

Bila Kamus Gagal..

mendefinisikan cinta. Kanak-kanak petah berceloteh kata.




“Love is what makes you smile when you’re tired.”
Terri – age 4
“Love is when my mommy makes coffee for my daddy and she takes a sip before giving it to him, to make sure the taste is OK.”
Danny – age 7
“Love is when you tell a guy you like his shirt, then he wears it everyday.”
Noelle – age 7
“You really shouldn’t say ‘I love you’ unless you mean it. But if you mean it, you should say it a lot. People forget.
Jessica – age 8

Credit to: thingsaboutlove

Saturday, April 16, 2011

Puas Luas

Walaupun aku tak puas hati kenapa R2 terkeluar Maharaja Lawak, tapi aku puas dgn bilik aku sekarang. Kemas confirm la kan, kalau tak, tak terrbaik la, apapun feature yg terbaru diletakkan adalah luas.

Preview skit. 

Model: Aimi 10.1

Aku da cakap spacious kan? Cuma modify 2 katil, 2 meja je korang da dapat ruang belajar yang sangat selasa dan efektif. Apapun cuma berbelas hari je lagi aku nak guna ruang ni, so mari maksimakan penggunaan masa!

mode: Rindu kucing, udang, ikan, author kembara maysa, mak, adik, abah, DIA, dan bilik kt umah. (list rinduan tidak mengikut urutan)

Wednesday, April 13, 2011

Lubang hitam

Lubang hitam itu sungguh dalam, mungkin sehingga cahaya yang tidak berjisim itu juga ditelannya. Padat, sendat, sehingga elektron maha kecil pun tidak mampu bergetar apatah lagi terbang dan berlari seperti biasa. 

Kita bukan titik. Kita memenuhi satu ruang. Tapi tak semua. Kita terperangkap dengan dimensi masa. Satu dan satu frame sahaja, kita boleh berada. Walaupun kita tidak dapat menangkap masa, jangan siakan ruang. Masa tak boleh dibuang, ia perihal peluang.

p/s: Highly excited electron.

This is hectic but i'm happy with it.

Thursday, April 7, 2011

Terlepas Pandang


Obvious kan?

Sebab tu la dalam dunia ni orang yang bersyukur lebih kurang daripada orang yg merungut.
Bila eksiden, Bob marah, kenapa asyik aku je yang eksiden?
Bila kena buang kerja, Man mula la nak emo, katanya da 13 kali dier kena buang kerja.

tapi,

instead of merungut,

kenapa Bob x bersyukur yang dia masih lagi ada kerja, dan gajinya masih masuk tiap bulan.
dan Man pula x pernah sedar yang dia tak pernah ad masalah kesihatan lagi la nak eksiden.

Moral of the story: Bersyukurlah selagi nyawa melekat pada badan.


'Chunking' dan 'Role-Changing'

My last resort. This is my trump card.

Aku dah cakap, hidup tak semestinya sentiasa senang. Sekarang aku ada dua tahun punya silibus yg dimampatkan kepada 26 hari. Ok, kalau nak fikir memang mustahil nak sumbat. Tapi macam kata Aiman Khalid tak pernah ada istilah terlambat. Masalahnya kalau nak guna method konvensional memang cakap kat ko tak kan sempat. Jadi apa boleh buat? Kat sini ada beberapa idea.

Priority Chunking:

Ok. Metodologi teknik chunking is to see the big picture and cut it to small pieces. Kalau mcm tu sama la juga kan banyaknya nak kena study? Yup, that is the problem. Tapi kalau ko da pernah jawab soalan-soalan past year and go through all the assessment statement then kita boleh set prioriti apa yang kita nak study. Contohnya, macam ko nak study biologi, kalau ko main duduk je letak buku biologi depan mata, mmg rambang mata sebab dlam masa 2 tahun banyak sgt yang kita da belajar!

So the best is to set the priority. Cthnya set untuk study fotosintesis, sebab slalu masuk dalam esei seksyen B. Jadi weightage markahnya lebih banyak. Selain daripada menghentikan keresahan memikirkan nak study apa, ko jugak akan menjadi lebih produktif dengan priority chunking.

The Drawbacks: Teknik ni susah la kalau prioriti pun ko tak reti nak set.



Role-changing: 

Konfim korang pernah dengar cerita cikgu ngan anak muridnya pasal memegang segelas air. Kalau korang da pernah dengar maka skip la paragraph seterusnya.

Disebutkan kisah seorang anak murid yang terlalu risau benar dengan peperiksaan IB nye yang semakin hampir. Maka diadukan lah hal tersebut kepada gurunya. Maka berkatalah guru itu kepadanya. Kau lihat aku memegang cawan ini penuh berisi air, tiadalah beban bagi aku. Tapi jika aku memegang cawan ini yang sama untuk jangka masa yang lama maka nescaya lenguhlah tangan ini. Seperti itu jugalah otak kamu berfungsi. Kalau kamu asyik memikirkan benda yang sama maka bebanlah otak kamu sama seperti otak yang lenguh tadi.

So, from the story and the results of brain research it is best untuk selang selikan sesi study anda dengan teknikal and non-teknikal stuff, playing guitar interval dengan study session ko might be a good choice ( mcm ape roommate aku buat), because of course it use the different part of brain, ataupun ko nak study bio interval dengan math. Stengah orang mungkin kata tak masuk ar, but this kind of thing works well for me during SPM dulu and mesra masa. Ye la ko guna part menghafal for bio.. then untuk rehatkan part ni ko guna lak bahagian lain for numerical and numbers, so that secara tak langsung otak ko boleh rehat by parts. and study tak henti2... (hiperbola di sini). 

The Drawbacks: Physical ko kena fit la macam orang main ragbi kalau x sama jugak la tahap produktivitinya, satu lagi ko punye attention span kena tinggi.


Dan ingat kawan-kawan, jangan ada sekelumit pun perasaan ragu2 dengan kemampuan ko, fokus kepada apa yang ko buat sekarang, regardless of the results, yg lebih penting ko puas ati dengan usaha ko. Aku kat sini sentiasa mendoakan kejayaan kawan-kawan dan diri sendiri.  



Saturday, April 2, 2011

Kenapa membaca blog seorang psikatri lebih baik daripada tidur petang.

Kenapa membaca blog seorang psikatri lebih baik daripada tidur petang.
*untuk makluman aku bukan ahli psikatri.

sementelahan aku pembenci kegiatan tidur petang. 
tapi tak juga aku cakap kalau ko suka tidur petang tak semestinya ko benci aku kan.
Ok, realiti nya. Aku pernah tidur petang.

12 Sebab Tidur Petang Tidak Relevan

1. Semua bentuk ketagihan adalah salah, termasuklah ketagihan kepada rokok, morphin, marijuana mahupun ketagihan durian. Oleh kerana tidur petang juga mempunyai potensi terjerumus kepada kategori ketagihan maka ia adalah satu kesalahan.

2. Apatah lagi jika anda tidur petang secara berjemaah, tahukah anda kadar radiasinya adalah sebanyak 0.05 mikro Sievert untuk tidur di sebelah rakan anda?

3. Sebab aku tak suka tidur atas katil yang bersepah dengan buku pada waktu petang.

4. Tidur malam dah terlebih, kalau siang pun nak tidur juga bila aku nak bangun?

5. Tidur bermuzikkan orang menjerit bermain futsal adalah tidur yang berkualiti rendah.

6. Siang panas, bilik tak ada air conditioner.

7. Terlalu banyak cahaya UV.

8. Manusia bukan nokturnal. Aku manusia.

9. (post removed due to inappropriate content)

10. Sebab petang tak boleh tidur lama-lama, at least aku nak tidur 3 jam.

11. Supaya bloggers lain tak tidur petang dan boleh menghabiskan masa petang mereka memberi komen kepada post aku yang merepek ini.

12. Aku ambik IB dan aku ada remaining 30 hari je lagi.

Ada orang kata panjat gunung lagi baik dari tidur petang, betul ke?

Monday, March 28, 2011

36 Hari Lagi

Sebaik sahaja suis dipetik, aku dah agak ini sangat viral, alkisah baran, paku, hati dan dinding batu.
Hipotetikalnya, post ini disemai unsur hiperbola, harap maklum.


Kredit to Mr. Mikail, for the unedited story look for the comment from the previous post.


PAKU DI HATI. 

Cerita bermula dengan seorang pemuda berketinggian lebih tak kurang 5 kaki, berambut hitam arang dan berkening nipis. Apa yang pasti pemuda ini tersangatlah baran orangnya. Sehinggakan ada yang mengatakan  1/3 daripada harinya diperuntukkan untuk memaki hamun mamak di kedai mamak yang lambat menghantar teh tariknya. Tidaklah terkawal marahnya sehinggakan anak kucing Tompok di pasar yang innocent itu pun dimarahinya. Melihat perkara ini, bapanya yang dahulu pernah bekerja sebagai perisik Intellegency Malaysia telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" retoris bertambah bingung pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya sambil menghirup kopi cap kap*l api. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37(ada yang mengatakan jumlah sebenar sebanyak 6.023x10) batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. 

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun sehingga mak cik cleaner stesen bas naik heran. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira seperti kera mendapat Ipad Dua. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas meng'sms'kan perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya(walaupun bapanya bertalian D*gi dan beliau Max*s). 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

 Mesej nya sejelas sekilas ikan di dalam akuarium air masin terjaga suhu dan kadar lumutnya. Jadi, be careful when dealing with emotion especially anger. Memang la kesan dia tak visible but it is there. So, aku disini mengambil peluang menebarkan apologi dan kemaafan dipinta. Sementara hayat masih ada.

Nota kaki: Tanpa ragu-ragu aku menerima musuh aku, tetapi kawan aku adalah mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan aku dan turut bersedih bila aku berduka. Kepada KAWAN di luar sana, terima kasih daun selasih.


Sunday, March 20, 2011

44 Hari Lagi

Sedang ramai spekulator asyik membuat spekulasi mengenai saham coal and gas yang naik.
Akibat kelemahan sistem nuklear terulung kononnya.
Aku pula masih tersekat dalam sistem pendidikan.  Pendidikan global kata mereka.

10 hari selepas last post baru aku resume balik kerja separuh masa aku ni. Ye la rumah pakai streamyx yang agak terjejas selepas tsunami melanda Jepun. (alasan alternatif malas ber'blogging'). Kat sini pakai P1Wimax boley tahan la jiwa kelajuan mbps nya. 

Owh, seperkara lagi, kamera ditinggalkan di tangan keluarga di rumah. Mungkin itu yang lebih baik untuk sementara satu bulan lagi. 

Keliru memilih antara mana


Hm, resume working.

p/s: Rindu family and kucings kat rumah.

Thursday, March 10, 2011

54 Hari Lagi

Mind Map Behavior ( Inspired by Cikgu Rohana )
Ok hari ini OK.

Ye la, dua-dua subjek Standard Level. satu Bisnes, satu Bahasa.
Ada la harapan nak membantu menambah point 7 setiap satu dalam IB ni. Amin.

tapi minggu IRp mmg letih, nak study petang mmang berat, keja mata nak tido je (mgkin sebb study dkat dgn katil), saba je la.

Esok: Bio, Chem, and Math.

Subjek hardcore, so malam ni kena tido awal.
Adios nak pegi study Accounting. ( cik Ayuni da menunggu ).

Wednesday, March 9, 2011

55 Hari Lagi

Grr.. Asparagus dari pukul 8.00 pagi sehingga ke 2.20 petang kerja aku tercegat dan mendengar sahaja. Mungkin ini rasanya mcam mana jadi tunggul kayu. Tepu tak tepu sampai nak menulis blog post pun da rasa loya bila nampak huruf. Mungkin terlalu laju? Atau silibus 2 tahun IB mmg tak boleh dibaca dalam masa 4 jam? Ataupun mungkin aku yg mengada-ngada. Ok cukup, let the photos do the talking.

Suasana pagi buta, 7.40 pagi

Selingan waktu rehat     

Muka-muka tepu biologi

 Done, let's do some math~

Monday, March 7, 2011

56 hari lagi

First of all, SELAMAT HARI WANITA!

Ok jawab soalan Math tadi betul-betul membuatkan bulu roma Burhan berdiri. Masuk-masuk terus dapat arahan dari Mr. Tan untuk ambik kompilasi soalan Math. Semalam biru muka baca Chemistry dari pagi, hari ni banyak berpeluh sejuk sebab soalan Math macam kera kena sula. Satu lagi kesengalan, kotak berisi pensil, pemadam dan pen pulak da x bawak. Apologi dan trimas kepada Bos Yana dan Sis Sakinah.

Pening lalat tak habis lagi, waktu rehat mmg moody habis. Nasib baik biskut Marie yang dihidangkan bersama Nescafe panas suam-suam matahari tu enak ditelan. Baru plan nak balik bilik, Madam Azian lak offer naik mobil Inspira barunya, berjalan-jalan ke kota Seremban beli biskut butang. Illustrasi biskut butang adalah seperti di bawah.


Biskut butang memang sedap, menggigit je keja aku tadi. Ok, rasa da konyang aku baru jawab balik paper 2, serius kesian dekat mereka yang betul-betul menjawab soalan ini utk soalan IB exam sebenar.

Sneak peek skit, macam kat Wall Street kan, heboh habis~

Sesi menyemak jawapan, kalau x de x yah semak la.


Ya Allah, Ya Rabbi, berikanlah aku kekuatan~

p/s: Esok slot Biologi, yay~

57 Hari lagi

Mereka kata IRP sgt letih. Ye la, otak kena hadam dalam masa 6 slot, 2 tahun punya silibus. Tak banyak kan? Dalam 12, 13 topik aje. Slot mula-mula mmg semua bersemangat waja, first time IRP la katakan. Masuk second slot da mula slow, slot lepas rehat mmg da slow habis. Nak dekat tengahari pulak, sabar je la, bahang panas menyebabkan respirasi sepuluh kali ganda.

Bila habis je IRP mcm satu kelegaan? Adakah benar ia begitu? Apapun petang tu mmg ngantuk habis, hajat nak jugak studi skit lagi, tp mata memang da membatu otak lak da tepu. Malam nyer la pulak nanti disambung. Disini juga saya nak mengambil kesempatan utk mengucapkan trimas kepada penderma kismis.


Ok, diorang x berebut milo tu, ni majlis menge'pau' Milo namanya~



Cukup, kenapa la DS makan telur? Mungkin habis berbau telur tnadas nanti.

p/s: FB da deactivate, blog je la yg tinggal.

Sunday, March 6, 2011

58 Hari Lagi

Mr. Wan kata kita da mula kena serius. Se'serius' bintang Sirius? Mungkin sebab itu beliau telah bersiap sedia memanaskan 5 pasang baju untuk minggu depan. Dengan setiap satunya berlabel IRP1, IRP2 dan seterusnya.

Sponsored by SODA & Cap Gajah Duduk


Mr. Hazim juga memanaskan baju hitam belang beliau. Hmm, nampaknya semangat IRP da berkobar-kobar. Aku je yang belum memanaskan baju. Selepas post ini mungkin.

Oleh kerana da masuk season baru, maka checklist pagi yang baru telah dikeluarkan oleh kementerian pengurusan diri ini. Perkara-perkara yang dipinda adalah seperti di bawah:

1. Sarapan adalah diwajibkan. ( dengan exception kalau puasa, tu pun kena sahur, sarapan Megi dan yang lain-lain yg berunsur MSG tidak digalakkan kecuali darurat ) Buah pisang digalakkan.

2.Baju mestilah digosok pada malam hari ( bukan pada pagi hari waktu mata x boley nak bukak betul2, hal yang demikian menyebabkan kecederaan melecur pada tangan pada semester2 sebelum ini ).

3.Waktu mandi pagi telah dianjakkan selepas waktu minum kopi ( optional ). ( Tiada komen tambahan )

4.Potongan rambut botak digalakkan. ( sekaligus menjimatkan masa sebanyak 37 minit (12 minit sikat+14 mnit letak minyak+11minit syampoo) dalam sehari dan jumlah keseluruhan masa yang dijimatkan adalah 2146 minit untuk 58 hari.)

Ok cukup. Gi gosok baju lak.


p/s: Ada nampak pensil warna Luna kotak 24 batang tak?


Saturday, March 5, 2011

59 Hari Lagi

10 minit. Ok mula.

Laporan hari ini bermula dengan program akademik. Kelas kimia bersma Puan Hashimah. Suppose that we learn biochemistry, tp sesi sebelum rehat dipenuhi dengan ilmu-ilmu bonding yang tidak kurang pentingnya. Selpas rehat barulah legasi biochem bermula. Menjelang tengahari, tamatlah sesi. As usual, kelas Puan Hashimah never fails to enlightened me with true knowledge.

Laporan tengahari. Hari ini makan ikan. Tapi ktorang x makan pun ikan kat ds. Keluar ke Seremban 2. Untuk makan ikan jugak. Tapi dekat Manhattan Fish Market. Ok, serius that is the first time I set my foot there. X sangka seafood-based meal adalah sesedap itu. Four and a half star given! Yeah.. Tapi harga pun meleleh jgak ar, 3 for 95.15 ringgit Malaysia. 

Laporan petang. Tiada. ( subjek tertidur apabila membuka helaian pertama buku Campbell beliau )

Laporan malam. Cdgn aktiviti? Mungkin menghabiskan 50 solid minutes dengan ilmu hisab. Cukup kembali ke meja belajar.

p/s: Mcm maner la nak bawak Tony and Robin utk balik cuti ek? Ad orang nak tolong babysit x? (nada serius)

Friday, March 4, 2011

60 Hari Lagi

Yay ( positif kan~ ) masih brsaki baki 60 hari sebelum aku melihat soalan Math HL IB paper 1 nanti. Sejanggal platipus yang bertelur aku masih rasa pelik sebab periksa bulan Mei. Ye la lari dari jam biologi la kan, dari darjah satu Sabar lagi aku peksa mmg sentiasa ujung tahun, tetiba lak pergi sistem international ni jadi Mei lak. Tak kisah la, lagi cpat beres lagi bagus kan? Retoris di situ.


3 Perkara Penting Berlaku Minggu Ini 

Credit: Mr. Rifqi and Mr. Adha
1. Sambutan hari terakhir belajar biologi

Mungkin nama tajuk sambutan di atas lebih baik daripada nama sambutan hari jadi terlambat dua hari. Apapun seronok sgt dapat menghabiskan silibus biologi. Perkara terakhir yang kitorang belajar adalah rythmical pattern in animal (topic feveret). Mungkin sebab group Ayyub La (my study grup) yang bentang so ingat la kan. Kepada guruku selamat hari lahir ke-35 (as she claim) May Allah bless you and us always~ Oh satu lagi I love the cake, Skrg Black Forest da jadi ranking no.2 dua selepas Chocolate Indulgence sekaligus menjatuhkan Tiramisu ke tangga yang ke-3.

Dengan apologi kepada Cik Aimi
2. IDP Mini Expo ( Aussie U Talk )

Kalau aku kata awek kat atas bagi talk kat kitorang mesti pembaca berjantina lelaki blog ni jeles kan? Kepd Aiman member gua lek ar jagn jeles beruk la. Awek ni muka depan kat booklet University of Western Australia je. Anyway agak rambang mata la memikirkan nak ke mana pergi nyer selepas IB nih. Selepas tiga helai SWOT analisis ( sila semak kamus bisnes jika anda tdak tahu x pun Google je ) akhirnya mereka2 yang dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya adlah sperti yang berikut:

  1. University Of Melbourne (sebb ad 7000 Melayu kat sana..)
  2. University Of Adelaide (Kangaroo merata-rata cm kucing mntak Friskies)
  3. University Of Queensland (baru-baru ni banjir so bandar die bersih baru cuci)
  4. Australian National University (sebb bunyi singkatan die ANU)
Kool kan?

Credit: Mr Rifqi
3. Tamatlah Secara Rasminya Silibus Pembelajaran

Opps da habis. Patutla melonjak sakan budak-budak ni. Jangan lupa pesanan penaja sesiapa yang belum menghabiskan hafazan surah Yasin mereka silalah berbuat demikian. Still, perjuangan masih belum berakhir, keris masih belum diasah apatah lagi meriam di kapal (peribahasa random). Mungkin lepas ni boleh study 24 jam (hiperbola disini harap maklum). Kepada Hazim Noran bangun awal jgn tidur balik ok, kita study sesama (walaupun aku yg selalunya tdo balik).

p/s: Sedang orang lain kat Google asyik semak saman mereka aku leka menyemak jadual IRP, cool gak la sebab satu hari satu subjek, so less books to bring!





Friday, February 25, 2011

Giving My Best


There is none, but one thing that left me puzzled a few days behind. It is the thought that I had no objective left guiding my mind. Rendered my action useless. Does my current pesrsona deceased?

Gambling with my precious commodities of time and other persona, I tried to be calm. Contented and at the same time fear burning underneath this chest. Am I going to survive these few months? 

Either with victory or defeat? My physical does none parallel to the words of giving my best, yet my soul believes I am in the path of giving my very best.

Thursday, February 24, 2011

One Way Out

Deep Slumber

Bold Clothing

Thinking Hard

Ear Pollution

Sunday, January 16, 2011

Fasha Sandha vs Ana Raffali

Perut masih penuh dengan ayam masak arang batu semalam ditambah lagi dengan hidangan M versi pukul satu hingga tiga, hujan dah mulai menarik aku ke katil. Oh sungguh manja hari ini. Setelah melakukan rutin biasa menekan butang 'on' dan menaip facebook login di browser chrome ini aku melilau-lilau, merayau di dinding-dinding rakan-rakan lain.

Dengan oral English yang menanti di hadapan, dikejar dengan ToK dan Ee penuh harapan, masih ada lagi peruntukan masa untuk stalking favourite friends. Ceyh dasar kehampaan apabila komen-komen yang ada semuanya berksarkan nama-nama Fasha Sandha dan juga Nora Danish. Apakah kawan-kawan?

Mungkin tempias AJL25 pun masih belum kering, video Ana Raffali merata-rata ditebarkan seperti roti jala kedai mamak depan rumah aku. Pergh, semua mmg bukan aku punya area of interest. Tapi kira bagus jgak la, kalau kawan-kawan aku x meletakkan video Ana Raffali, mungkin aku akan menganggap beliau adalah tukang masak popular dari Perancis. Serius kecaknaan aku dalam bidang ini menghampiri kosong.

Jadi kepada member, rakan, taulan, tidak perlu la kalian menanyakan aku hal-hal berkaitan. Bak kata org yg gua jumpa kat stesen bas berambut punk, "Gua x amik pot la brader."

p/s: Sedang mengasah skill fotografi. Tema; "still images using toys"

Sunday, January 2, 2011

PANERAI itu di tangan kamu. SUPRA di kaki.


Aku dah cakap. Dah agak, aku yang salah, aku patut tanya berapa ribu, bukan ratusan lagi? Maaf seribu-ribu batu ku pohon ampun di tahun baru.

Seperti biasa, tahun baru, barang baru, bau kedai satu perpustakaan KMS, wah bukan main. Memang semua dah bau, tapi mula-mula aku ingatkan "bau kedai" yang datang dari bateri baru dekat GDC. Tapi aku salah.

Aku nampak PANERAI itu. (Google sekarang!), dengan intuisi seorang lelaki, aku angkat jam tu. Wah ini bukan biasa.

Aku: Pergh, jam PANERAI, brapa ratus dowh?
Ay: X tau kowt, ni bapak aku punya.
Aku: Argh, aku x percaya ar ko, x pe aku gi search gak skrang.
Mr. Ar: Cuba ko check kat E-Bay, aku gi check official site ni.


Dari jauh dengan suasana suam-suam penghawa dingin kelihatan juga Mr. S menge'search' PANERAI di laman sesawang 'watch u want'. Dan Juga Mr. Z yang terkesima sambil merenungkan fakta kasut Supra yang berharga RM600 itu yang juga baru sahaja dibelinya itu juga tidak terlepas dengan penangan PANERAI itu.

...

Semua ternganga. Sehingga kutu dan lalat semua berhenti. Terkejut.

$5385, woi ni da macam emas kat tangan kot, aku rasa Tokei kedai emas pun tak pakai jam macam ni. Ya Allah sabar je la!

Tukar duit MALAYSIA, RM 18 000,

Fakta nombor:
1 PANERAI: 30 Kasut SUPRA (RM 600 tiap satu)
1 PANERAI: 45 orang budak KMS sem 4 punya yuran kowt!
1 PANERAI: 450 kali ganda rawatan air AWANG dekat Farabi!
1 PANERAI: 117.647 gram emas!, puas tu, boley buat cincin tunang kot.

Tidak ku sangka barang berharga bernilai harga duit muka kereta boleh dipakai di tangan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More