Sweet frens o' mine

Sunday, March 6, 2011

58 Hari Lagi

Mr. Wan kata kita da mula kena serius. Se'serius' bintang Sirius? Mungkin sebab itu beliau telah bersiap sedia memanaskan 5 pasang baju untuk minggu depan. Dengan setiap satunya berlabel IRP1, IRP2 dan seterusnya.

Sponsored by SODA & Cap Gajah Duduk


Mr. Hazim juga memanaskan baju hitam belang beliau. Hmm, nampaknya semangat IRP da berkobar-kobar. Aku je yang belum memanaskan baju. Selepas post ini mungkin.

Oleh kerana da masuk season baru, maka checklist pagi yang baru telah dikeluarkan oleh kementerian pengurusan diri ini. Perkara-perkara yang dipinda adalah seperti di bawah:

1. Sarapan adalah diwajibkan. ( dengan exception kalau puasa, tu pun kena sahur, sarapan Megi dan yang lain-lain yg berunsur MSG tidak digalakkan kecuali darurat ) Buah pisang digalakkan.

2.Baju mestilah digosok pada malam hari ( bukan pada pagi hari waktu mata x boley nak bukak betul2, hal yang demikian menyebabkan kecederaan melecur pada tangan pada semester2 sebelum ini ).

3.Waktu mandi pagi telah dianjakkan selepas waktu minum kopi ( optional ). ( Tiada komen tambahan )

4.Potongan rambut botak digalakkan. ( sekaligus menjimatkan masa sebanyak 37 minit (12 minit sikat+14 mnit letak minyak+11minit syampoo) dalam sehari dan jumlah keseluruhan masa yang dijimatkan adalah 2146 minit untuk 58 hari.)

Ok cukup. Gi gosok baju lak.


p/s: Ada nampak pensil warna Luna kotak 24 batang tak?


3 comments:

haha.. xbole blah la bro..lawak2..gudluck weyh! blajaq rajen2..

woit..fikri...ak pon dmam sjuk smcm kat kmb neyh.cuak ooo nak final...pape pon gud luck final..oo yeahhh..!!!

IA: Thanks bro!
Yana: Hang pun sama weyh, best of luck.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More