Sweet frens o' mine

Sunday, January 16, 2011

Fasha Sandha vs Ana Raffali

Perut masih penuh dengan ayam masak arang batu semalam ditambah lagi dengan hidangan M versi pukul satu hingga tiga, hujan dah mulai menarik aku ke katil. Oh sungguh manja hari ini. Setelah melakukan rutin biasa menekan butang 'on' dan menaip facebook login di browser chrome ini aku melilau-lilau, merayau di dinding-dinding rakan-rakan lain.

Dengan oral English yang menanti di hadapan, dikejar dengan ToK dan Ee penuh harapan, masih ada lagi peruntukan masa untuk stalking favourite friends. Ceyh dasar kehampaan apabila komen-komen yang ada semuanya berksarkan nama-nama Fasha Sandha dan juga Nora Danish. Apakah kawan-kawan?

Mungkin tempias AJL25 pun masih belum kering, video Ana Raffali merata-rata ditebarkan seperti roti jala kedai mamak depan rumah aku. Pergh, semua mmg bukan aku punya area of interest. Tapi kira bagus jgak la, kalau kawan-kawan aku x meletakkan video Ana Raffali, mungkin aku akan menganggap beliau adalah tukang masak popular dari Perancis. Serius kecaknaan aku dalam bidang ini menghampiri kosong.

Jadi kepada member, rakan, taulan, tidak perlu la kalian menanyakan aku hal-hal berkaitan. Bak kata org yg gua jumpa kat stesen bas berambut punk, "Gua x amik pot la brader."

p/s: Sedang mengasah skill fotografi. Tema; "still images using toys"

2 comments:

timbunan buku tu yg menarik perhatian sebenarnye~ huhu

oh igtkan peminat ana raffali..

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More