Sweet frens o' mine

Monday, March 28, 2011

36 Hari Lagi

Sebaik sahaja suis dipetik, aku dah agak ini sangat viral, alkisah baran, paku, hati dan dinding batu.
Hipotetikalnya, post ini disemai unsur hiperbola, harap maklum.


Kredit to Mr. Mikail, for the unedited story look for the comment from the previous post.


PAKU DI HATI. 

Cerita bermula dengan seorang pemuda berketinggian lebih tak kurang 5 kaki, berambut hitam arang dan berkening nipis. Apa yang pasti pemuda ini tersangatlah baran orangnya. Sehinggakan ada yang mengatakan  1/3 daripada harinya diperuntukkan untuk memaki hamun mamak di kedai mamak yang lambat menghantar teh tariknya. Tidaklah terkawal marahnya sehinggakan anak kucing Tompok di pasar yang innocent itu pun dimarahinya. Melihat perkara ini, bapanya yang dahulu pernah bekerja sebagai perisik Intellegency Malaysia telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" retoris bertambah bingung pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya sambil menghirup kopi cap kap*l api. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37(ada yang mengatakan jumlah sebenar sebanyak 6.023x10) batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. 

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun sehingga mak cik cleaner stesen bas naik heran. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira seperti kera mendapat Ipad Dua. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas meng'sms'kan perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya(walaupun bapanya bertalian D*gi dan beliau Max*s). 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

 Mesej nya sejelas sekilas ikan di dalam akuarium air masin terjaga suhu dan kadar lumutnya. Jadi, be careful when dealing with emotion especially anger. Memang la kesan dia tak visible but it is there. So, aku disini mengambil peluang menebarkan apologi dan kemaafan dipinta. Sementara hayat masih ada.

Nota kaki: Tanpa ragu-ragu aku menerima musuh aku, tetapi kawan aku adalah mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan aku dan turut bersedih bila aku berduka. Kepada KAWAN di luar sana, terima kasih daun selasih.


6 comments:

jd la garang mcm R-LAU R-PIZ..
tp garang xsemestinya panas baran..
haha..
ok2..

sy hrp anda baik2 saja di kms.jgn stress sgt.nti u'll end up like me;well masa sy hampir2 final dan first time dpt point bwh 30 utk trial..
*mood: sedih sejenak*

eh sy pon kadang2 baran jugak~ hoho tq .

R-lau: Thanks bro, i'll bear that in mind.
Norikochan: You are implosive.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More