Sweet frens o' mine

Sunday, March 20, 2011

44 Hari Lagi

Sedang ramai spekulator asyik membuat spekulasi mengenai saham coal and gas yang naik.
Akibat kelemahan sistem nuklear terulung kononnya.
Aku pula masih tersekat dalam sistem pendidikan.  Pendidikan global kata mereka.

10 hari selepas last post baru aku resume balik kerja separuh masa aku ni. Ye la rumah pakai streamyx yang agak terjejas selepas tsunami melanda Jepun. (alasan alternatif malas ber'blogging'). Kat sini pakai P1Wimax boley tahan la jiwa kelajuan mbps nya. 

Owh, seperkara lagi, kamera ditinggalkan di tangan keluarga di rumah. Mungkin itu yang lebih baik untuk sementara satu bulan lagi. 

Keliru memilih antara mana


Hm, resume working.

p/s: Rindu family and kucings kat rumah.

2 comments:

PAKU DI HATI........ . begini kisahnya,... ..Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal. "Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita." Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda....Itʼs better to be silent & be thought a fool, than to speak & remove all doubt.. -Abraham Lincoln-Orang akan melupakan apa yang kamu katakan..... . Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan..... .. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka begitu bererti

Sengal la bro, haha nice story anyway nanti aku wat blogpost.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More