Sweet frens o' mine

Thursday, May 5, 2011

Kisah Sampingan Siri Osama Laden

Kematian Osama menjadi trend hangat twitter baru-baru ini, nasib baik trendingnya tidak mengalahkan trend Royal Wedding di twitter. 'Of course' la berita kahwin lagi orang suka dari berita kematian kan? 

Di sebalik spekulasi yang dilontarkan, pihak-pihak lokal, dan juga mereka yang berfikiran realism beserta separa nihilsm. Ada cerita yang lebih menarik, ya mmg betul nilai matawang US Dollar naik selepas pengumuman rasmi cik Obama kita tapi bukan itu fokus penulis kali ni.. (gaya kolumnis skit~)  

Bukan juga penulis berpaksikan akal-akal pendek yang gemar benar melakukan sumpah-sumpah laknat. Tapi yang lebih menarik adalah sumpah seorang guru di East Wenatchee, Washington di mana beliau bersumpah untuk tidak bercukur selagi Osama bin Laden tidak dibawa ke muka pengadilan.

Ok, ini pelik. Tp waktu cikgu tu bersumpah dia ingatkan Osama akan ditangkap dalam masa beberapa bulan. Nasib la cikgu ooi, 10 tahun la jugak menunggunya, mungkin ini la apa yang member aku slalu cakap "naik berjanggut la aku tunggu ko"

Sayang la pulak nampaknya nak cukur lepas 10 tahun simpan.


OK. Nampak muda 10 tahun.

p/s: Moral of the story, jangan buat sumpah2 yang mengarut!



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More