Sweet frens o' mine

Friday, March 4, 2011

60 Hari Lagi

Yay ( positif kan~ ) masih brsaki baki 60 hari sebelum aku melihat soalan Math HL IB paper 1 nanti. Sejanggal platipus yang bertelur aku masih rasa pelik sebab periksa bulan Mei. Ye la lari dari jam biologi la kan, dari darjah satu Sabar lagi aku peksa mmg sentiasa ujung tahun, tetiba lak pergi sistem international ni jadi Mei lak. Tak kisah la, lagi cpat beres lagi bagus kan? Retoris di situ.


3 Perkara Penting Berlaku Minggu Ini 

Credit: Mr. Rifqi and Mr. Adha
1. Sambutan hari terakhir belajar biologi

Mungkin nama tajuk sambutan di atas lebih baik daripada nama sambutan hari jadi terlambat dua hari. Apapun seronok sgt dapat menghabiskan silibus biologi. Perkara terakhir yang kitorang belajar adalah rythmical pattern in animal (topic feveret). Mungkin sebab group Ayyub La (my study grup) yang bentang so ingat la kan. Kepada guruku selamat hari lahir ke-35 (as she claim) May Allah bless you and us always~ Oh satu lagi I love the cake, Skrg Black Forest da jadi ranking no.2 dua selepas Chocolate Indulgence sekaligus menjatuhkan Tiramisu ke tangga yang ke-3.

Dengan apologi kepada Cik Aimi
2. IDP Mini Expo ( Aussie U Talk )

Kalau aku kata awek kat atas bagi talk kat kitorang mesti pembaca berjantina lelaki blog ni jeles kan? Kepd Aiman member gua lek ar jagn jeles beruk la. Awek ni muka depan kat booklet University of Western Australia je. Anyway agak rambang mata la memikirkan nak ke mana pergi nyer selepas IB nih. Selepas tiga helai SWOT analisis ( sila semak kamus bisnes jika anda tdak tahu x pun Google je ) akhirnya mereka2 yang dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya adlah sperti yang berikut:

  1. University Of Melbourne (sebb ad 7000 Melayu kat sana..)
  2. University Of Adelaide (Kangaroo merata-rata cm kucing mntak Friskies)
  3. University Of Queensland (baru-baru ni banjir so bandar die bersih baru cuci)
  4. Australian National University (sebb bunyi singkatan die ANU)
Kool kan?

Credit: Mr Rifqi
3. Tamatlah Secara Rasminya Silibus Pembelajaran

Opps da habis. Patutla melonjak sakan budak-budak ni. Jangan lupa pesanan penaja sesiapa yang belum menghabiskan hafazan surah Yasin mereka silalah berbuat demikian. Still, perjuangan masih belum berakhir, keris masih belum diasah apatah lagi meriam di kapal (peribahasa random). Mungkin lepas ni boleh study 24 jam (hiperbola disini harap maklum). Kepada Hazim Noran bangun awal jgn tidur balik ok, kita study sesama (walaupun aku yg selalunya tdo balik).

p/s: Sedang orang lain kat Google asyik semak saman mereka aku leka menyemak jadual IRP, cool gak la sebab satu hari satu subjek, so less books to bring!





5 comments:

xperlu la kot nak kredit2 tu.

well, selamat berjuang wahai 'junior AL'.

Lisa: oh akak IB selamat berjuang juga

wey bapak lawak weh post kau

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More