Sweet frens o' mine

Wednesday, May 12, 2010

Mengawal mimpi? Fantasi atau Realiti


Hi semua!


Untuk hampir sebulan berhempas pulas menggeladah pak cik Google untuk mendapatkan memori kembali adalah usaha sia-sia. Mungkin beribu sudah artikel dibaca tapi satu pun tak membantu.

Jadi, di sini saya Fikri Azzim meletakkan jawatan sebagai pencari memori yang hilang.

Dan dengan ini juga saya melantik diri saya untuk menjadi seorang manusia yang mengambil program IB di KMS yang mana hari ini sudahpun genap 30 hari. (kiraan ingatan terkini)

Letih sebenarnya berlakon seperti normal dekat sini. Bila orang lalu je senyum, dan samada dia senior ke? junior ke? IB ke? a-level? memang aku tak tau. Yang aku tau jantina mereka je. Lelaki atau perempuan. Itu je. Tapi keadaan dikira terkawal jugak la sekarang kalau nak dibandingkan dengan 10 hari pertama yang menyeksakan dekat sini.

Tutup laporan personal sehingga di situ.

Sebab yang sebenarnya aku nak cerita tentang satu artikel mengenai kaedah mengawal mimpi. Bagi mereka yang malas nak percaya, sila berhenti membaca.

Bagi mereka yang berminat (yes, kamu masih lg membaca) teknik mengawal mimpi ini bukanlah benda yang mustahil malahan sesetengah daripada kamu semua memang pernah mengalami mimpi macam ni. Mimpi terkawal atau nama "google"nyer adalah Lucid Dream.

Kenapa nak kawal mimpi?

1. Mengawal mimpi tidak salah dari segi undang-undang.
2. Tiada undang-undang dalam bermimpi.
3. Cuba bayangkan apa yang boleh kamu capai di alam mimpi?
4. Berapa ramai yang boleh kawal diri dalam mimpi? ( sedar diri bermimpi pun tak ramai )
5. Medapatkan idea atau ilham ( ye ker? mungkin? )

Ada kajian yang menunjukkan bahawa otak kita sebagai manusia adalah paling kreatif pada period REM. Iaitu satu jangka waktu ketika kita tidur, mungkin kalau kita membuat math pada jangka masa ni boleh menyelesaikannya dengan cepat. Siapa tahu?

Dan ini juga memberi penerangan kenapa sesetengah pelajar yang suka tidur dalan kelas adalah golongan mereka yang genius. ( pesanan penulis: anda tidak digalakkan tidur di dalam kelas )

Yang menarik lagi kita boleh melatih diri untuk mengawal mimpi. Memgikut pembacaan untuk mengawal mimpi perkara pertama adalah tidur melebihi 8 jam ( maaf ye kawan-kawan ). Dan yang kedua kita perlu melatih diri kita terlebih dahulu untuk 'recall' mimpi pada saat anda bangun pagi.

Oleh kerana terpengaruh dengan artikel lucid dream ni, aku pun bermula berlatih mengawal mimpi dan TERKEJUT kerana aku betul-betul boleh kawal mimpi. Huhu~ Tapi susah sebenarnya sebab saat kita sedar yang kita bermimpi, kebanyakan daripada kita akan banyak berfikir membandingkan mimpi dengan dunia sebenar dan menyebabkan mimpi itu lenyap begitu saja dan mereka pun terjaga.

Ish3x, rugi kan. Apapun aku sekarang da ad jurnal mimpi yang mana semua mimpi aku ad dalam tu, ( bile aku baca balik nak tergelak pun ad )

p/s: Cuba la dulu, x rugi pun, modal dier tido je...





3 comments:

fikri..
kuatkn smgt..
lme2 leh la igt 2..
doa ak sntiase mngiringi kamu..
cayok..

yez! i will always pray 4 u. . .
. .even if u said u don't remember me =)
-sheri-

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More