Sweet frens o' mine

Friday, May 21, 2010

Jaga yerk budak-budak tindikan!

Akhirnya aku da berjaya memecahkan "the 40 days barrier". Oleh sebab yang demikian, aku x tido menghabiskan series The Mentalist yang baru disedut daripada IB senior. (kredit to Mr. Roni) Cerita tu memang terbaik. Akhirnya aku menjadi zombie kat kelas ari ni menghabiskan 3 masa Chemistry. Tapi tak pe yang terbaik, aku berjaya survive. Waktu rehat aku da x tahan tp still sempat gi makan pastu tido sampai kelas English pun aku skip dan akhir skali period math. Dan dengan itu saya telah menghabiskan 40 hari di semester 2 IB (tepuk2...).

Ini membawa kepada statement sterusnya, aku still ada setahun untuk IB? Adakah accelerated ini? Aku x tau.

Yang penting sekarang aku ada kat depan laptop Farah Irina ( Fab la... ) bersama budak2 tindikan yang lain. Dan kalau korg semua baca pos ni please dont use the 'cute' adj for a man. Tak masuk la. Pelik. ( utk perhatian Hanun, Aisyah, Nadiha dan sekutu mereka ).

Ok. Berhenti berceloteh. Post akademik untuk hari ini adalah bertajuk:

Memaafkan diri sendiri mengurangkan rasa bersalah menangguh kerja.












Cuba fikir baik2 bertapa banyak kerja yang kita tangguhkan, bygkan bwh katil yang tak bersapu, longgokan kertas yang tak pernah disusun, buku2 yang dibeli di book fair 2 tahun lepas yang masih ad 36 bab untuk dibaca, temujanji dengan doktor gigi yng dah 3 kali bertangguh dan banyak lagi.

Tapi yang menariknya mekanisme memaafkan diri sendiri yang ada kat diri manusia ini boleh membuatkan mereka meneruskan kerja2 tanpa berfikir mengenai perkara-perkara yang lepas. Dan yang menariknya mekanisme in aku guna untuk meng'ignorance'kan diri aku melarikan diri dari keserabutan world lit, tok, ee dan pelbagai lagi alphabet yang menakutkan itu.

Kepada mereka yang berminat bolehlah membaca jurnal lengkap Wohl et al. (2010)

p/s: Sekali lagi kepada Farah Irina, jangan gunakan perkataan itu untuk describe aku k.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More