Sweet frens o' mine

Sunday, June 21, 2009

~Love~Novel~ Edisi Jun '09


Tiada Yang Kedua

Sedang penulis menghadiri PestaBuku Antarabangsa yang lepas, terjumpa penulis dengan novel baru yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan novel yang tidak asing lagi iaitu Alaf 21. Novel yang dimaksudkan penulis adalah Tiada Yang Kedua. Sinopsis bagi novel tersebut adalah seperti di bawah:

Nur Shahirah Batrisya berasa bahagia menantikan saat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan keluarga. Namun, keindahan malam pengantin yang diimpikan tidak seperti yang diharapkan. Lelaki yang baru sahaja menikahinya membongkar rahsia yang sangat pahit untuk ditelan.

Di birai katil mempelai yang dihias indah, Imran dengan angkuh mengakui hatinya sudah dimiliki. Malam pertama itu juga menjadi saksi Imran melafazkan perjanjian yang tidak diduga. Dua tahun lagi perkahwinan itu mesti dinoktahkan. Shira akur menerima keputusan suaminya. Hanya pilu yang menemaninya membilang hari-hari yang bakal menjanjikan status janda muda buatnya. Sesungguhnya dia kecewa! Semakin hampir dengan hari yang dijanjikan, Shira berperang hebat dengan perasaan keliru yang merantai jiwanya.

Tanpa pengetahuan sesiapa, dia akhirnya melarikan diri kerana lebih rela pergi daripada mendengar lafaz perpisahan yang bakal meniti di bibir Imran. Naluri seorang suami mendesak Imran untuk terus mencari Shira dengan perasaan kesal yang menggila. Namun, pencariannya hampa. Ke manakah Shira membawa diri?

Mengikut maklumat, ini adalah novel pertama Sania Yasmin bersama Alaf 21. Novel ini boleh didapati di kedai buku terpilih seluruh negara dengan harga RM 19.00.

Ps, I Love You

Berlatar belakangkan Ireland, Holy Kennedy seorang gadis rupawan, telah berkahwin dengan seorang lelaki yang romantis, matang dan kacak bernama Gerry. Walaubagaimanapun, perkahwinan mereka tidak kekal lama apabila nyawa Gerry suami Holy telah diambil oleh satu penyakit misteri. Oleh kerana perhubungan mereka sangat rapat, dan kehidupan Holy banyak bergantung kepada suaminya, kematian Gerry seolah-olah membawa sekali nyawanya pergi.

Apabila harapan untuk hidup sudah hampir tiada, Holy didatangi dengan satu set 10 keping surat yang di mana setiap satunya merupakan mesej daripada Gerry yang ditulis sebelum kematiannya agar Holy dapat meneruskan hidup tanpanya. Setiap satu surat dibuka untuk setiap satu bulan. Oleh kerana surat-surat tersebut Holy kini dapat meneruskan hidupnya seakan-akan suaminya ada di sisi.

Namun begitu, apabila surat terakhir sudah tiba untuk dibuka. Holy mula memikirkan masa depannya tanpa surat tersebut, jadi apakah mesej terakhir Gerry?

Bagi penulis novel ini adalah sangat menarik untuk dibaca bagi mereka yang meminati novel Inggeris. Jalan ceritanya dibuat dengan baik sekali dan perincian bagi rupa watak dan latar lain adalah jelas sekali. Sesuai untuk dibuat sebagai bacaan ringan. Novel ini kemudiannya telah diadaptasikan kepada filem pada tahun 2007.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More