Sweet frens o' mine

Monday, December 6, 2010

Tron: Legacy




Ini adalah kesinambungan cerita klasik tahun 1982, yang berjudul Tron. Satu lagi tayangan bertemakan fiksyen sains.



Plot cerita yang berkisarkan watak seorang lelaki 27 tahun Sam Flynn(Garrett Hedlund) yang dihantui kehilangan bapanya, seorang pereka permainan video terkenal di dunia juga CEO ENCOM(ada kaitan dengan CAPCOM mungkin) Kevin Flynn (Jeff Bridges). Siasatan mengenai bapanya membawa dirinya memasuki alam digital itu sendiri.

Bukankah ini fantasi kita sewaktu kecil? Mungkin alangkah baiknya jika dunia Pokemon atau Digimon itu menjadi kenyataan. Tetapi bukanlah seperti dunia Dragon Ball mungkin kerana takutkan dibunuh oleh Majin Bu. Tron dicipta berdasarkan teori metafisik klasik, bagi mereka yang hidup pada zaman 1982 dan beruntung sudah untuk mempunyai televisyen pada zaman tersebut mungkin tahu kronologi asal ceritanya.

Satu lagi fantasi Disney.
"Wajib tonton" meter: 6.9/10

Pengarah filem: Joseph Kosinski
Barisan pelakon: Garrett Hedlund, Jeff Bridges, Michael Sheen, Olivia Wilde.
Tarikh tayangan: 16 Disember 2010
Tempoh tayangan: 127 minit










0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More