Sweet frens o' mine

Wednesday, December 29, 2010

Piala Itu Berkilau Seperti Baru Dicuci

Berasap orang-orang Indonesia macam api dalam air. Dasyat tidak analogi itu? Tahniah Harimau Malaya, lepas ni jumpa aku belanja kat kedai mamak Osman. Akhirnya sentuh juga kita Piala berkilau kejohanan bernama Jepun itu.

Oleh yang demikian ramai la rakyat negara Malaya itu melaungkan I love Malaysia gitu~ Dinding-dinding FB juga tidak dapat lari dari grafiti melaungkan semangat kebangsaan. Laman interaktif burung pipit biru juga dipenuhi peminat-peminat penendang bolasepak kebangsaan.




Nama-nama peminat tersebut seperti Nur Aqilah Adnan dan Aisyah Mokhtar dirahsiakan. Terharu juga la penaip blog ini akan kejayaan negara tercintanya. (background music Negaraku) Terkedu aku dan mengambil peluang untuk menyampaikan ulang Tweet Star Rage di sini

"The commentators say Khairul Fahmi is 5ft 8in, pretty short for a goalkeeper. But today, he stands TALL for every Malaysian. "

Nampaknya aku memang dah melilau dari operasi malam ni. Macam biasa la projek renovation ee masih ada lagi yang tersisa. *sambil mengelap peluh dingin macam baru lepas makan belacan wasabi pulak. Blueprint EO(English Oral) pun masih lagi di takuk yang lama. Nasib baik projek ToK dan Biz IA berjalan lancar macam keretapi dengan rel yang disapu minyak pelincir.

Oh jam pasir masih berbaki 345623 butir bermakna ada 24 jam sebelum pulang ke kolej. Berbalik kepada laptop kerja semula. Selamat malam pembaca sekalian~

5 comments:

malaysia best !! hahaha dah buat aku beremosi. haha

fikri i bet if the players r girls, u will surely kene syndrome mcm ape yg aisyah kene.yes yg aisyah kene.lol =p

Laena: Dasar pembenci fanatik Indonesia~

Hidayah: Oh yeah, bangga benar ye kamu~

IA: Haha lama kot x nampak jam cam tu, selain dari cursor mouse kat laptop nih..

Q: Oh gosh, I bet, I fall in love dgn girl yg jadi keeper kot~ Tp scary diorg tendang mesti kuat punyer!

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More