Sweet frens o' mine

Tuesday, December 14, 2010

Autoriti mulai diragui?

Isu kepercayaan autoriti mula dipersoalkan, siapakah yang boleh dipercaayai? Doktor yang sewajarnya mengubati pesakit melecurkan kulit pesakitnya dengan preskripsi berpolisi "gitu-gitu je". Mungkin 5 tahun lepas kita masih boleh mengaitkan keadilan dengan polis dan hakim. Abah kata hakim itu adil dan amanah. Sebab tu dia mengADILi pembicaraan. Tapi bila hakim mahkamah syariah sendiri mula makan suap, wajarkah lagi hakim menjadi simbol keadilan?

Keutuhan autoriti mulai goyah, sememangnya makhluk perosak korupsi kali ini lebih berjaya. Atau yang sebenarnya korupsi hakikatnya sudah lama dipraktiskan autoriti? Makhluk kerdil bernama 'rakyat biasa' tidak biasa tahu akan hal begini. Mungkin kes hakim mahkamah syariah ini hanya sekadar ikan bilis yang mampu ditangkap oleh nelayan korupsi SPRM. Jerung-jerung dan paus pembunuh masih riang ria berkeliaran di sana. Atau lebih teruk lagi nelayan SPRM sendiri sudah ditelan kumpulan 'ikan besar' ini?
Sekali lagi 'rakyat biasa' tidak tahu.




Tersenyum sebentar. Berfikir sejenak, negara kita tidak ada media WikiLeak atau sebagainya yang membocorkan tong besar yang menyimpan bergelen kebenaran. Rakyat bergantung kepada media tradisional. Besar pengaruh mereka dalam usaha menanam mesej subliminal dalam minda 'rakyat biasa'. Harapan besar penulis agar virus korupsi tidak juga mempengaruhi mereka, industri berbillion ringgit itu.


Bila helaian The Star bersuara

"He is the first Syariah judge to be sentenced for corruption."

Penulis berharap ini adalah yang terakhir. Harapan sahaja yang dapat dilontarkan kerana penulis bukan ahli politik, paus atau jerung.











0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More