Sweet frens o' mine

Friday, January 1, 2010

Kamu cute jugak yerk~


Perkara mengerikan sentiasa berlaku dalam hidup. Tapi dalam kes aku,jarang sekali. Seriusnya, hari ni antara hari-hari terakhir sebelum ditendang pulang ke KMS (sebenarnya sangat teruja~), jadi seperti rutin ibubapa yang caring’kan anaknya, sudah pasti aku diburu untuk rambutku dipastikan digunting kemas.

Fakta nombor 1: Aku tak suka rambut diusik ( walaupun dah rimas dengan rmbut panjang ni.)

Jadi cubaan mengelat pun bermula, dan akhirnya macam mana la pulak boleh timbul idea untuk melarikan diri dengan alasan membuat kerja last minute di library awam. (walaupun tak ada kerja :p)

Fakta nombor 2: Boleh dibilang dengan jari, berapa kali aku pergi library.

Sampai di library, aku menggelisah, dikelilingi oleh orang-orang yang tidak reti-reti duduk diam kat rumah, (no offense, kutuk diri sendiri sebenarnya~). Tapi library, dah upgrade, dah ad wifi (haha~ sebenarnya dah lama ada wifi, aku yang jarang pergi library). Dengan semangatnya aku membuka Lurvey (nama laptop aku lowrh~ ), tiba-tiba jeng, jeng, jeng

Sound effect. Bunyi cengkerik lepas hujan.

Gosh, ade gurl duduk betul-betul di depan aku. (note that I am a man :D) Blushing. Mesti la sebab awek tu seriously cun (macam dalam cerita si Cantik siri Indon tu ). Aku dengan cuaknya, berhenti ber’facebooking, kaget la jugak, then tiba-tiba awek tu bersuara~

“Oh, sorry, boleh saya guna power source sebelah awak,”...

Kuang3x.. rupa-rupanya sumer power source kat library tu dah sold out, tinggal satu je kat sebelah aku, ceyh buat aku gabra je minah ni... huhuhu~ X kan nak tolak kan, and seperti biasa aku yang x beberapa peramah memulakan la perbualan biasa-biasa.

Tak banyak yang aku tanya melainkan no. Ic dier, berapa ekor kucing yang dibela dan makanan kegemaran ibunya, fuhh itu jer, dan secara tiba-tiba waktu menjadi tengahari. Ahhhhhh.. (mengeliat). .

Cik Nurin: K bro blah lu.. Adeyh, thanks for the chat..

Awekz: Eh, jap.. Nak no. boley x? (Ape yg minah ni fikir?)

Cik Nurin: Owh, telefon kat umah(serius), kad pengenalan bawak la. Huhu~ nak tak? (sambil packing laptop nak blah).

Awekz: Ish, awak ni cute jugak ek~

Aku berlalu segera, tanpa berkata-kata.

..

Mengerikan.

Fakta nombor 3: Sila teka dan letakkan jawapan anda di dalam komen selepas bunyi Tuuut.

p/s: Sebenarnya nak upload post lama-lama tapi dah basi, jadi la ek upload yang ni.

6 comments:

kene goda..nasib bek hang kuat iman..huhu..

alamak.....~!!!
yup..setuju ngn rohil...anda mmg comel.:)

This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More