Sweet frens o' mine

Saturday, November 13, 2010

Rona warna bibir merah (2)

Macam aku ceritakan dalam post Rona warna bibir merah yang lepas, aku kira ini sambungannya. Tajuknya berkisarkan masalah lipstick sendiri yang tidak tahan lama seperti baju tidur murahan yang dibeli dari pasar malam bergambarkan corak Power Rangers yang mana aku ada dan agak kecewa kerana hanya boleh dipakai sekali sahaja selepas luntur dan koyak strukturnya setelah dibasuh tangan.

Fuhh.. Habis nafas di situ. Kembali kepada cerita Adam dan juga gincu bibir. Mungkin kami bukanlah penyolek tegar tetapi bukan juga buta solekan. Tahulah juga golongan Adam ini sedikit asas dalam solekan.

Jadi seperti norma masalah bergincu bibir ini adalah jangka hayatnya yang singkat. Namun jangka hayat gincu yang singkat ini dapat juga dipanjangkan umurnya dengan cara-ciri yang berikut:

1) Simpan gincu bibir anda di dalam peti sejuk

Ya, ya aku tahu gincu bukannya makanan sejuk beku atau jus oren kotak ataupun coklat susu pemberian teman lelaki kamu tapi percayalah gincu bibir ini akan bertahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Tapi pastikan ianya tidaklah disimpan di tempat membuat ais batu dan bukanlah juga diletakkan sekali bersama ikan@daging pasar serta durian yang berbau. Harap kata-kata diterima.

2)Gunakan lip liner

Pernah dengar pasal lip liner? Kalau kamu kaum Adam tidak tahu, tak mengapa boleh dimaafkan, tapi bagi kaum Hawa, Google lah sikit menambah ilmu solekan. Selalunya dengan mengenakan lip liner terlebih dahulu sebelum mengenakan gincu adalah cara terbaik untuk mengekalkan jangka hayat gincu anda. Jika anda ingin memakai gincu yang warnanya sedikit pudar cuba gunakan nude lip liner supaya ia tidak mengubah warna asal gincu anda.

3)Rahsia Vaseline

In adalah antara cara alternatif untuk ramuan gincu tahan lama. Mempunyai leceh meter yang tinggi tapi kalau gincu kalian sampai di tahap akhirnya mungkin boleh dicuba cara ini. Ambil satu putik kapas dan colekan sedikit gincu dan tambahkan sedikit Vaseline kepada gincu tersebut sebelum dilapiskan ke bibir. Pastikan jumlah jel petroleum Vaseline itu tidak melebihi amaun gincu.

4) Bibir lekat di gelas

Masalah ini memang kerap benar frekuensi kejadiannya sehingga kaum Hawa kadangkala takut benar untuk meminum air dari gelas kaca. Jika anda ingin mengelakkan kejadian selekeh ini dari berlaku maka basahkan dahulu tempat kaca yang mana anda akan meletakkan bibir anda di situ sebelum minum dari gelas tersebut. Lebih kemas begitu bukan?




1 comments:

Nie untuk bibir pompuan...laki punyer cam ne pulak ek???ehehe....
Doakan kwn pass STPM ye sepupuku yg jauh dimata dikat dihati....ahaha...=)

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More