Sweet frens o' mine

Tuesday, November 9, 2010

Rona warna bibir merah

Perhatian: Bacaan ini mungkin lebih sesuai bagi golongan Hawa ataupun golongan Adam yang ingin tahu.

Aku keluar jalan-jalan. Nampaknya memang benar kata Azmeer, perempuan lebih banyak dari lelaki. Ataupun lelaki memang jenis yang malas keluar jalan-jalan? Aku lebih suka alasan kedua. Banding dengan Hawa, Adam memang tidak direka untuk berjalan dengan kasut tinggi bersama rakan-rakan taulan ber'chit-chat' dan bergelak tawa dari topik anak kucing sehinggalah topik anak patung. Stereotaip di sini, maaf ya Hawa.

Mungkin itu kelebihan Hawa, Adam tak tahu. Tapi yang pasti Adam tidak mewarnakan bibir mereka dengan rona warna merah. Nampak homoseksual kata mereka. Tapi lain bagi Hawa, tampak lebih kemas dan berkeyakinan jika kena gayanya.

Ulangan: Tampak lebih kemas dan berkeyakinan jika kena gayanya. Silap gaya rupa badut hari jadi tampaknya. Ada caranya jika Hawa ingin kenakan merah pada bibir mereka. Ini kata Adam.

Langkah 1: Tipsnya adalah untuk mengenakan pemerah pipi dan alat kemasan lain yang sesuai di mata. Sebelum mengenakan 'lipstick' anda sapukan lapisan nipis pemerah pipi dahulu, pastikan nipis ya. Tidaklah setebal tepung bedak opera Cina. (Tiada perkauman di sini ya). Sudah? Bagus sekarang gunakan maskara dan elakkan penggunaannya selari dengan eyeliner. Siap di situ.

Langkah 2: Sekarang anda perlu pilih warna 'lipstick' yang sesuai dengan warna kulit anda. Macam mana?

a) Bagi mereka yang berkulit berkompleksikan kuning langsat dan cerah, sila gunakan warna merah cerah dengan tona warna perang. Elakkan rona warna asas biru atau warna merah-merah jambu. Kurang sesuai di situ.

b) Bagi meraka yang sawa matang pula warnanya. Warna merah-merah jambu lebih sesuai, juga tidak lupa warna fuchsia. Elakkan juga rona warna oren di bibir anda.

c) Jika anda rasa kulit anda sedikit gelap, maka seeloknya pilihlah warna plum.

Sila cermin diri anda bukankah nampak lebih berseri sekarang, tetapi jangan lupa senyuman adalah penghias muka yang lebih manis dari segalanya. Senyum :)



Oleh kerana apa yang ditulis semata-mata karangan kaum Adam maka kredibiliti mungkin diragui. Sekali lagi hanya sekadar pendapat berdasarkan persepsi dan pemerhatian.

Bersambung di lain muka blog...

Bagaimana mengekalkan warna lipstick di bibir lebih lama?


5 comments:

wow ini mmg betul2 pemerhati kaum hawa~

lucu tapi chumels la post nie. haha~
pemerhati y tegar.gud3 ^^.

Norikochan: Mgkin lebih intuisi dari pemerhatian~

Nurul Ain: Thanks, ur blog is a lot nicer than this I think.

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More