Sweet frens o' mine

Tuesday, October 19, 2010

Aku dikejar garisan penamat.

Paradoks bukan tajuk blog post aku kali ini?.

Sedang aku mula menghafal transmisi impuls neuron bermacam cetera datang. Sememangnya ranjau kehidupan ini dipenuhi. Ledakan inversi di situ.

Untuk blog post kali ini cuba mengubah gaya bahasa mencuri idea dan buah fikiran dari rakan-rakan blogger tegar lain. Terima kasih rakan-rakan.

Cukup sekadar pengenalan. Tajuk blog post kali ini adalah berkenaan kehidupan aku di sini. Di umur setahun jagung ku ini (bersamaan 19 tahun) aku mula merasakan aku sebagai seorang yang pelik.

Pelik atau tidak, bahana aku yang rasakan.

Hari Isnin: Aku demam tiba-tiba, mungkin terlalu letih menyeronokkan diri di Bandar Penawar. Memang aku tak pergi sekolah. Sedang nyenyak beradu aku rasa macam ada orang bercakap dengan aku. Tergamam. Letih dan lesu untuk melayan. Aku mula melekapkan telinga dengan headphone Earpollution. Masih dengar juga. Baru aku sedar. Aku bercakap dengan diri sendiri tanpa bersuara. Seram sejuk aku.

Masih hari Isnin: Petang aku merespirasikan diri. Berjoging. Berlari-lari anak. Sendirian. Cukup satu pusingan badan aku da letih. Tapi kaki tangan tak boleh dikawal. Aku terus berlari. Rasa macam orang gila aku mula bercakap dengan diri sendiri. Berkeras mahu berhenti. Sekali lagi aku sedar bukan seorang ada dalam kepala. Tapi dua. Apa ini? Sekadar ilusi? Aku menjerit lalu badan berhenti. Seram sejuk lagi.

Selasa: Hari ini dalam sejarah. Aku mula bercakap dengan diri aku, diri kedua dan ketiga? Adakah aku gila? Tidak aku masih waras. Dan dengan kewarasan aku mula membasahi lidah dengan ayat Al-Quran. Mungkin bisikan syaitan. Nodaan mereka agaknya. Alhamdulillah hari ini semakin tenang.


Sekadar nukilan temporari catatan kehidupan.






2 comments:

mungkin sbb tuntutan ib yg sgt mendesak, kamu jgn macam ni.

fikri, kamu bukan tidak waras, cuma mengalami perubahan. Perubahan menuju ke arahNya, insyaAllah. May Allah bless~

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More