Sweet frens o' mine

Wednesday, October 27, 2010

Terpijak paku kesedaran

Resolusi semangat baru. Mahu berubah tapi hingga ke mana? Mungkin hingga menembusi lapisan corona radiata hingga ke zona pellucida. Maaf cemaran pemikiran biologi lagi dan lagi.

Mungkin patut gunakan anologi geografi atau kajian tempatan. Supaya diri sendiri boleh faham apa yang ditulis di masa hadapan.

Ku ceterakan kisah buat Fikri 30-31 September dari Fikri 28 September.

Dengarkan ku kira ini betul mesejnya.

Hari ini kimia belajar molekul benzene.
1865, ditemui August Kekule. Klasifikasi mekanisme penggantian elektrofilik. Tp Augustus tidak pernah tahu apa sebabnya. Selama 65 tahun ilmu itu diterima. Unik bukan kehidupan. Kita kdgkala begitu juga.

Sedih. Serabut. Lesu. Gembira. Riang. Malas. Ingin tahu. Cuak. Tidak senang. Cinta.

Campuran emosi tanpa tahu dasar penyebabnya. Mungkin kadangkala jelas samar penyebabnya. Hanya Tuhan saja yang Maha Tahu.

65 tahun kemudian, barulah Linus Pauling menyatakan sebabnya. Akhirnya ad juga manusia yang tidak menerima ilmu buta. Siapakah kita di dunia ni Fikri? Linus Pauling? atau August Kekule ataupun kau tidak pernah mahu tahu. Maka tergolonglah kau dalam golongan orang yang rugi.



Merenung dalam paya terlihat zaman kanakan ku dari refleksi riak cerminan air yang bergetar.
Terima kasih adik kecil.



3 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More