Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, March 28, 2011

36 Hari Lagi

Sebaik sahaja suis dipetik, aku dah agak ini sangat viral, alkisah baran, paku, hati dan dinding batu.
Hipotetikalnya, post ini disemai unsur hiperbola, harap maklum.


Kredit to Mr. Mikail, for the unedited story look for the comment from the previous post.


PAKU DI HATI. 

Cerita bermula dengan seorang pemuda berketinggian lebih tak kurang 5 kaki, berambut hitam arang dan berkening nipis. Apa yang pasti pemuda ini tersangatlah baran orangnya. Sehinggakan ada yang mengatakan  1/3 daripada harinya diperuntukkan untuk memaki hamun mamak di kedai mamak yang lambat menghantar teh tariknya. Tidaklah terkawal marahnya sehinggakan anak kucing Tompok di pasar yang innocent itu pun dimarahinya. Melihat perkara ini, bapanya yang dahulu pernah bekerja sebagai perisik Intellegency Malaysia telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" retoris bertambah bingung pemuda tersebut. "Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya sambil menghirup kopi cap kap*l api. 

Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37(ada yang mengatakan jumlah sebenar sebanyak 6.023x10) batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. 

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun sehingga mak cik cleaner stesen bas naik heran. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira seperti kera mendapat Ipad Dua. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas meng'sms'kan perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya(walaupun bapanya bertalian D*gi dan beliau Max*s). 

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

 Mesej nya sejelas sekilas ikan di dalam akuarium air masin terjaga suhu dan kadar lumutnya. Jadi, be careful when dealing with emotion especially anger. Memang la kesan dia tak visible but it is there. So, aku disini mengambil peluang menebarkan apologi dan kemaafan dipinta. Sementara hayat masih ada.

Nota kaki: Tanpa ragu-ragu aku menerima musuh aku, tetapi kawan aku adalah mereka yang sentiasa mendoakan kejayaan aku dan turut bersedih bila aku berduka. Kepada KAWAN di luar sana, terima kasih daun selasih.


Sunday, March 20, 2011

44 Hari Lagi

Sedang ramai spekulator asyik membuat spekulasi mengenai saham coal and gas yang naik.
Akibat kelemahan sistem nuklear terulung kononnya.
Aku pula masih tersekat dalam sistem pendidikan.  Pendidikan global kata mereka.

10 hari selepas last post baru aku resume balik kerja separuh masa aku ni. Ye la rumah pakai streamyx yang agak terjejas selepas tsunami melanda Jepun. (alasan alternatif malas ber'blogging'). Kat sini pakai P1Wimax boley tahan la jiwa kelajuan mbps nya. 

Owh, seperkara lagi, kamera ditinggalkan di tangan keluarga di rumah. Mungkin itu yang lebih baik untuk sementara satu bulan lagi. 

Keliru memilih antara mana


Hm, resume working.

p/s: Rindu family and kucings kat rumah.

Thursday, March 10, 2011

54 Hari Lagi

Mind Map Behavior ( Inspired by Cikgu Rohana )
Ok hari ini OK.

Ye la, dua-dua subjek Standard Level. satu Bisnes, satu Bahasa.
Ada la harapan nak membantu menambah point 7 setiap satu dalam IB ni. Amin.

tapi minggu IRp mmg letih, nak study petang mmang berat, keja mata nak tido je (mgkin sebb study dkat dgn katil), saba je la.

Esok: Bio, Chem, and Math.

Subjek hardcore, so malam ni kena tido awal.
Adios nak pegi study Accounting. ( cik Ayuni da menunggu ).

Wednesday, March 9, 2011

55 Hari Lagi

Grr.. Asparagus dari pukul 8.00 pagi sehingga ke 2.20 petang kerja aku tercegat dan mendengar sahaja. Mungkin ini rasanya mcam mana jadi tunggul kayu. Tepu tak tepu sampai nak menulis blog post pun da rasa loya bila nampak huruf. Mungkin terlalu laju? Atau silibus 2 tahun IB mmg tak boleh dibaca dalam masa 4 jam? Ataupun mungkin aku yg mengada-ngada. Ok cukup, let the photos do the talking.

Suasana pagi buta, 7.40 pagi

Selingan waktu rehat     

Muka-muka tepu biologi

 Done, let's do some math~

Monday, March 7, 2011

56 hari lagi

First of all, SELAMAT HARI WANITA!

Ok jawab soalan Math tadi betul-betul membuatkan bulu roma Burhan berdiri. Masuk-masuk terus dapat arahan dari Mr. Tan untuk ambik kompilasi soalan Math. Semalam biru muka baca Chemistry dari pagi, hari ni banyak berpeluh sejuk sebab soalan Math macam kera kena sula. Satu lagi kesengalan, kotak berisi pensil, pemadam dan pen pulak da x bawak. Apologi dan trimas kepada Bos Yana dan Sis Sakinah.

Pening lalat tak habis lagi, waktu rehat mmg moody habis. Nasib baik biskut Marie yang dihidangkan bersama Nescafe panas suam-suam matahari tu enak ditelan. Baru plan nak balik bilik, Madam Azian lak offer naik mobil Inspira barunya, berjalan-jalan ke kota Seremban beli biskut butang. Illustrasi biskut butang adalah seperti di bawah.


Biskut butang memang sedap, menggigit je keja aku tadi. Ok, rasa da konyang aku baru jawab balik paper 2, serius kesian dekat mereka yang betul-betul menjawab soalan ini utk soalan IB exam sebenar.

Sneak peek skit, macam kat Wall Street kan, heboh habis~

Sesi menyemak jawapan, kalau x de x yah semak la.


Ya Allah, Ya Rabbi, berikanlah aku kekuatan~

p/s: Esok slot Biologi, yay~

57 Hari lagi

Mereka kata IRP sgt letih. Ye la, otak kena hadam dalam masa 6 slot, 2 tahun punya silibus. Tak banyak kan? Dalam 12, 13 topik aje. Slot mula-mula mmg semua bersemangat waja, first time IRP la katakan. Masuk second slot da mula slow, slot lepas rehat mmg da slow habis. Nak dekat tengahari pulak, sabar je la, bahang panas menyebabkan respirasi sepuluh kali ganda.

Bila habis je IRP mcm satu kelegaan? Adakah benar ia begitu? Apapun petang tu mmg ngantuk habis, hajat nak jugak studi skit lagi, tp mata memang da membatu otak lak da tepu. Malam nyer la pulak nanti disambung. Disini juga saya nak mengambil kesempatan utk mengucapkan trimas kepada penderma kismis.


Ok, diorang x berebut milo tu, ni majlis menge'pau' Milo namanya~



Cukup, kenapa la DS makan telur? Mungkin habis berbau telur tnadas nanti.

p/s: FB da deactivate, blog je la yg tinggal.

Sunday, March 6, 2011

58 Hari Lagi

Mr. Wan kata kita da mula kena serius. Se'serius' bintang Sirius? Mungkin sebab itu beliau telah bersiap sedia memanaskan 5 pasang baju untuk minggu depan. Dengan setiap satunya berlabel IRP1, IRP2 dan seterusnya.

Sponsored by SODA & Cap Gajah Duduk


Mr. Hazim juga memanaskan baju hitam belang beliau. Hmm, nampaknya semangat IRP da berkobar-kobar. Aku je yang belum memanaskan baju. Selepas post ini mungkin.

Oleh kerana da masuk season baru, maka checklist pagi yang baru telah dikeluarkan oleh kementerian pengurusan diri ini. Perkara-perkara yang dipinda adalah seperti di bawah:

1. Sarapan adalah diwajibkan. ( dengan exception kalau puasa, tu pun kena sahur, sarapan Megi dan yang lain-lain yg berunsur MSG tidak digalakkan kecuali darurat ) Buah pisang digalakkan.

2.Baju mestilah digosok pada malam hari ( bukan pada pagi hari waktu mata x boley nak bukak betul2, hal yang demikian menyebabkan kecederaan melecur pada tangan pada semester2 sebelum ini ).

3.Waktu mandi pagi telah dianjakkan selepas waktu minum kopi ( optional ). ( Tiada komen tambahan )

4.Potongan rambut botak digalakkan. ( sekaligus menjimatkan masa sebanyak 37 minit (12 minit sikat+14 mnit letak minyak+11minit syampoo) dalam sehari dan jumlah keseluruhan masa yang dijimatkan adalah 2146 minit untuk 58 hari.)

Ok cukup. Gi gosok baju lak.


p/s: Ada nampak pensil warna Luna kotak 24 batang tak?


Saturday, March 5, 2011

59 Hari Lagi

10 minit. Ok mula.

Laporan hari ini bermula dengan program akademik. Kelas kimia bersma Puan Hashimah. Suppose that we learn biochemistry, tp sesi sebelum rehat dipenuhi dengan ilmu-ilmu bonding yang tidak kurang pentingnya. Selpas rehat barulah legasi biochem bermula. Menjelang tengahari, tamatlah sesi. As usual, kelas Puan Hashimah never fails to enlightened me with true knowledge.

Laporan tengahari. Hari ini makan ikan. Tapi ktorang x makan pun ikan kat ds. Keluar ke Seremban 2. Untuk makan ikan jugak. Tapi dekat Manhattan Fish Market. Ok, serius that is the first time I set my foot there. X sangka seafood-based meal adalah sesedap itu. Four and a half star given! Yeah.. Tapi harga pun meleleh jgak ar, 3 for 95.15 ringgit Malaysia. 

Laporan petang. Tiada. ( subjek tertidur apabila membuka helaian pertama buku Campbell beliau )

Laporan malam. Cdgn aktiviti? Mungkin menghabiskan 50 solid minutes dengan ilmu hisab. Cukup kembali ke meja belajar.

p/s: Mcm maner la nak bawak Tony and Robin utk balik cuti ek? Ad orang nak tolong babysit x? (nada serius)

Friday, March 4, 2011

60 Hari Lagi

Yay ( positif kan~ ) masih brsaki baki 60 hari sebelum aku melihat soalan Math HL IB paper 1 nanti. Sejanggal platipus yang bertelur aku masih rasa pelik sebab periksa bulan Mei. Ye la lari dari jam biologi la kan, dari darjah satu Sabar lagi aku peksa mmg sentiasa ujung tahun, tetiba lak pergi sistem international ni jadi Mei lak. Tak kisah la, lagi cpat beres lagi bagus kan? Retoris di situ.


3 Perkara Penting Berlaku Minggu Ini 

Credit: Mr. Rifqi and Mr. Adha
1. Sambutan hari terakhir belajar biologi

Mungkin nama tajuk sambutan di atas lebih baik daripada nama sambutan hari jadi terlambat dua hari. Apapun seronok sgt dapat menghabiskan silibus biologi. Perkara terakhir yang kitorang belajar adalah rythmical pattern in animal (topic feveret). Mungkin sebab group Ayyub La (my study grup) yang bentang so ingat la kan. Kepada guruku selamat hari lahir ke-35 (as she claim) May Allah bless you and us always~ Oh satu lagi I love the cake, Skrg Black Forest da jadi ranking no.2 dua selepas Chocolate Indulgence sekaligus menjatuhkan Tiramisu ke tangga yang ke-3.

Dengan apologi kepada Cik Aimi
2. IDP Mini Expo ( Aussie U Talk )

Kalau aku kata awek kat atas bagi talk kat kitorang mesti pembaca berjantina lelaki blog ni jeles kan? Kepd Aiman member gua lek ar jagn jeles beruk la. Awek ni muka depan kat booklet University of Western Australia je. Anyway agak rambang mata la memikirkan nak ke mana pergi nyer selepas IB nih. Selepas tiga helai SWOT analisis ( sila semak kamus bisnes jika anda tdak tahu x pun Google je ) akhirnya mereka2 yang dapat melayakkan diri ke pusingan seterusnya adlah sperti yang berikut:

  1. University Of Melbourne (sebb ad 7000 Melayu kat sana..)
  2. University Of Adelaide (Kangaroo merata-rata cm kucing mntak Friskies)
  3. University Of Queensland (baru-baru ni banjir so bandar die bersih baru cuci)
  4. Australian National University (sebb bunyi singkatan die ANU)
Kool kan?

Credit: Mr Rifqi
3. Tamatlah Secara Rasminya Silibus Pembelajaran

Opps da habis. Patutla melonjak sakan budak-budak ni. Jangan lupa pesanan penaja sesiapa yang belum menghabiskan hafazan surah Yasin mereka silalah berbuat demikian. Still, perjuangan masih belum berakhir, keris masih belum diasah apatah lagi meriam di kapal (peribahasa random). Mungkin lepas ni boleh study 24 jam (hiperbola disini harap maklum). Kepada Hazim Noran bangun awal jgn tidur balik ok, kita study sesama (walaupun aku yg selalunya tdo balik).

p/s: Sedang orang lain kat Google asyik semak saman mereka aku leka menyemak jadual IRP, cool gak la sebab satu hari satu subjek, so less books to bring!





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More