Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, December 29, 2010

Darjah Satu. Aku kira ini Alia Munauwar punya criter~

Hari murid-murid beratur kembali. Mak aih zaman bawak air botol besar. Minggu suai kenal pelajar darjah satu nampaknya. Patut la, bau buku, beg, kasut dan uniform ber'designer' labelkan Canggih memenuhi ruang hidung.

Cakap pasal bawak botol air besar, teringat balik, x relevan, sebab nak kencing susah, kena mintak kebenaran, dan2 cikgu Noriah tak bagi budak2 laki gi kencing dua orang. Haha~ Rindu kot zman main2 dalam tandas, maksud aku jerit2 la, budak2 kan.

Satu lagi benda yang x relevan, populariti beg tarik masih lagi menjadi kegilaan. Owh aku ingtkan da 'out of fashion' gitu, seperti papan hitam dan juga kapur tulis *uhukuhuk gaya aku dulu bertugas membersihkan pemadam yang sudah dimampatkan dengan kapur tulis. Da macam bedak aku kata. Pergh terimbas kembali zaman hingusan. Apa pun aku nak cakap beg tarik cepat kotor, lagi-lagi kalau jenama Gucci.

Ni semua Alia Munauwar punya cerita. Kira aku Ok lagi dari die yang teringat zaman tabika kemas, zaman main plasticine dan pegang pensil warna dengan dua tangan. Haha sangat-sangat existensial~

Nampaknya tak banyak yang da berubah, warna bendera masih sama, jalur2 merah putih dan bintang bulan masih ada, lagu dinyanyikan masih lagi guna tape yang sama aku pasang masa jadi pengawas dulu.

Yang kontradiksi pun pengawas sekarang kalau spot check x dapat la nak cari stok tudung tin atau batu seremban. Yang ada hanyalah Blacberry Bold ataupun PSP bercoverkan Hello Kitty sebagai ganti. Sabar je la.

p/s: Kelas aku darjah satu dulu da boley dapat wi fi skrg, patut la cikgu Noriah selalu update FB~

Dengan apologi kepada guru darjahku.

Piala Itu Berkilau Seperti Baru Dicuci

Berasap orang-orang Indonesia macam api dalam air. Dasyat tidak analogi itu? Tahniah Harimau Malaya, lepas ni jumpa aku belanja kat kedai mamak Osman. Akhirnya sentuh juga kita Piala berkilau kejohanan bernama Jepun itu.

Oleh yang demikian ramai la rakyat negara Malaya itu melaungkan I love Malaysia gitu~ Dinding-dinding FB juga tidak dapat lari dari grafiti melaungkan semangat kebangsaan. Laman interaktif burung pipit biru juga dipenuhi peminat-peminat penendang bolasepak kebangsaan.




Nama-nama peminat tersebut seperti Nur Aqilah Adnan dan Aisyah Mokhtar dirahsiakan. Terharu juga la penaip blog ini akan kejayaan negara tercintanya. (background music Negaraku) Terkedu aku dan mengambil peluang untuk menyampaikan ulang Tweet Star Rage di sini

"The commentators say Khairul Fahmi is 5ft 8in, pretty short for a goalkeeper. But today, he stands TALL for every Malaysian. "

Nampaknya aku memang dah melilau dari operasi malam ni. Macam biasa la projek renovation ee masih ada lagi yang tersisa. *sambil mengelap peluh dingin macam baru lepas makan belacan wasabi pulak. Blueprint EO(English Oral) pun masih lagi di takuk yang lama. Nasib baik projek ToK dan Biz IA berjalan lancar macam keretapi dengan rel yang disapu minyak pelincir.

Oh jam pasir masih berbaki 345623 butir bermakna ada 24 jam sebelum pulang ke kolej. Berbalik kepada laptop kerja semula. Selamat malam pembaca sekalian~

Tuesday, December 14, 2010

Autoriti mulai diragui?

Isu kepercayaan autoriti mula dipersoalkan, siapakah yang boleh dipercaayai? Doktor yang sewajarnya mengubati pesakit melecurkan kulit pesakitnya dengan preskripsi berpolisi "gitu-gitu je". Mungkin 5 tahun lepas kita masih boleh mengaitkan keadilan dengan polis dan hakim. Abah kata hakim itu adil dan amanah. Sebab tu dia mengADILi pembicaraan. Tapi bila hakim mahkamah syariah sendiri mula makan suap, wajarkah lagi hakim menjadi simbol keadilan?

Keutuhan autoriti mulai goyah, sememangnya makhluk perosak korupsi kali ini lebih berjaya. Atau yang sebenarnya korupsi hakikatnya sudah lama dipraktiskan autoriti? Makhluk kerdil bernama 'rakyat biasa' tidak biasa tahu akan hal begini. Mungkin kes hakim mahkamah syariah ini hanya sekadar ikan bilis yang mampu ditangkap oleh nelayan korupsi SPRM. Jerung-jerung dan paus pembunuh masih riang ria berkeliaran di sana. Atau lebih teruk lagi nelayan SPRM sendiri sudah ditelan kumpulan 'ikan besar' ini?
Sekali lagi 'rakyat biasa' tidak tahu.




Tersenyum sebentar. Berfikir sejenak, negara kita tidak ada media WikiLeak atau sebagainya yang membocorkan tong besar yang menyimpan bergelen kebenaran. Rakyat bergantung kepada media tradisional. Besar pengaruh mereka dalam usaha menanam mesej subliminal dalam minda 'rakyat biasa'. Harapan besar penulis agar virus korupsi tidak juga mempengaruhi mereka, industri berbillion ringgit itu.


Bila helaian The Star bersuara

"He is the first Syariah judge to be sentenced for corruption."

Penulis berharap ini adalah yang terakhir. Harapan sahaja yang dapat dilontarkan kerana penulis bukan ahli politik, paus atau jerung.











Monday, December 6, 2010

Tron: Legacy




Ini adalah kesinambungan cerita klasik tahun 1982, yang berjudul Tron. Satu lagi tayangan bertemakan fiksyen sains.



Plot cerita yang berkisarkan watak seorang lelaki 27 tahun Sam Flynn(Garrett Hedlund) yang dihantui kehilangan bapanya, seorang pereka permainan video terkenal di dunia juga CEO ENCOM(ada kaitan dengan CAPCOM mungkin) Kevin Flynn (Jeff Bridges). Siasatan mengenai bapanya membawa dirinya memasuki alam digital itu sendiri.

Bukankah ini fantasi kita sewaktu kecil? Mungkin alangkah baiknya jika dunia Pokemon atau Digimon itu menjadi kenyataan. Tetapi bukanlah seperti dunia Dragon Ball mungkin kerana takutkan dibunuh oleh Majin Bu. Tron dicipta berdasarkan teori metafisik klasik, bagi mereka yang hidup pada zaman 1982 dan beruntung sudah untuk mempunyai televisyen pada zaman tersebut mungkin tahu kronologi asal ceritanya.

Satu lagi fantasi Disney.
"Wajib tonton" meter: 6.9/10

Pengarah filem: Joseph Kosinski
Barisan pelakon: Garrett Hedlund, Jeff Bridges, Michael Sheen, Olivia Wilde.
Tarikh tayangan: 16 Disember 2010
Tempoh tayangan: 127 minit










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More