Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, November 13, 2010

Rona warna bibir merah (2)

Macam aku ceritakan dalam post Rona warna bibir merah yang lepas, aku kira ini sambungannya. Tajuknya berkisarkan masalah lipstick sendiri yang tidak tahan lama seperti baju tidur murahan yang dibeli dari pasar malam bergambarkan corak Power Rangers yang mana aku ada dan agak kecewa kerana hanya boleh dipakai sekali sahaja selepas luntur dan koyak strukturnya setelah dibasuh tangan.

Fuhh.. Habis nafas di situ. Kembali kepada cerita Adam dan juga gincu bibir. Mungkin kami bukanlah penyolek tegar tetapi bukan juga buta solekan. Tahulah juga golongan Adam ini sedikit asas dalam solekan.

Jadi seperti norma masalah bergincu bibir ini adalah jangka hayatnya yang singkat. Namun jangka hayat gincu yang singkat ini dapat juga dipanjangkan umurnya dengan cara-ciri yang berikut:

1) Simpan gincu bibir anda di dalam peti sejuk

Ya, ya aku tahu gincu bukannya makanan sejuk beku atau jus oren kotak ataupun coklat susu pemberian teman lelaki kamu tapi percayalah gincu bibir ini akan bertahan lebih lama jika disimpan di dalam peti sejuk. Tapi pastikan ianya tidaklah disimpan di tempat membuat ais batu dan bukanlah juga diletakkan sekali bersama ikan@daging pasar serta durian yang berbau. Harap kata-kata diterima.

2)Gunakan lip liner

Pernah dengar pasal lip liner? Kalau kamu kaum Adam tidak tahu, tak mengapa boleh dimaafkan, tapi bagi kaum Hawa, Google lah sikit menambah ilmu solekan. Selalunya dengan mengenakan lip liner terlebih dahulu sebelum mengenakan gincu adalah cara terbaik untuk mengekalkan jangka hayat gincu anda. Jika anda ingin memakai gincu yang warnanya sedikit pudar cuba gunakan nude lip liner supaya ia tidak mengubah warna asal gincu anda.

3)Rahsia Vaseline

In adalah antara cara alternatif untuk ramuan gincu tahan lama. Mempunyai leceh meter yang tinggi tapi kalau gincu kalian sampai di tahap akhirnya mungkin boleh dicuba cara ini. Ambil satu putik kapas dan colekan sedikit gincu dan tambahkan sedikit Vaseline kepada gincu tersebut sebelum dilapiskan ke bibir. Pastikan jumlah jel petroleum Vaseline itu tidak melebihi amaun gincu.

4) Bibir lekat di gelas

Masalah ini memang kerap benar frekuensi kejadiannya sehingga kaum Hawa kadangkala takut benar untuk meminum air dari gelas kaca. Jika anda ingin mengelakkan kejadian selekeh ini dari berlaku maka basahkan dahulu tempat kaca yang mana anda akan meletakkan bibir anda di situ sebelum minum dari gelas tersebut. Lebih kemas begitu bukan?




Tuesday, November 9, 2010

Rona warna bibir merah

Perhatian: Bacaan ini mungkin lebih sesuai bagi golongan Hawa ataupun golongan Adam yang ingin tahu.

Aku keluar jalan-jalan. Nampaknya memang benar kata Azmeer, perempuan lebih banyak dari lelaki. Ataupun lelaki memang jenis yang malas keluar jalan-jalan? Aku lebih suka alasan kedua. Banding dengan Hawa, Adam memang tidak direka untuk berjalan dengan kasut tinggi bersama rakan-rakan taulan ber'chit-chat' dan bergelak tawa dari topik anak kucing sehinggalah topik anak patung. Stereotaip di sini, maaf ya Hawa.

Mungkin itu kelebihan Hawa, Adam tak tahu. Tapi yang pasti Adam tidak mewarnakan bibir mereka dengan rona warna merah. Nampak homoseksual kata mereka. Tapi lain bagi Hawa, tampak lebih kemas dan berkeyakinan jika kena gayanya.

Ulangan: Tampak lebih kemas dan berkeyakinan jika kena gayanya. Silap gaya rupa badut hari jadi tampaknya. Ada caranya jika Hawa ingin kenakan merah pada bibir mereka. Ini kata Adam.

Langkah 1: Tipsnya adalah untuk mengenakan pemerah pipi dan alat kemasan lain yang sesuai di mata. Sebelum mengenakan 'lipstick' anda sapukan lapisan nipis pemerah pipi dahulu, pastikan nipis ya. Tidaklah setebal tepung bedak opera Cina. (Tiada perkauman di sini ya). Sudah? Bagus sekarang gunakan maskara dan elakkan penggunaannya selari dengan eyeliner. Siap di situ.

Langkah 2: Sekarang anda perlu pilih warna 'lipstick' yang sesuai dengan warna kulit anda. Macam mana?

a) Bagi mereka yang berkulit berkompleksikan kuning langsat dan cerah, sila gunakan warna merah cerah dengan tona warna perang. Elakkan rona warna asas biru atau warna merah-merah jambu. Kurang sesuai di situ.

b) Bagi meraka yang sawa matang pula warnanya. Warna merah-merah jambu lebih sesuai, juga tidak lupa warna fuchsia. Elakkan juga rona warna oren di bibir anda.

c) Jika anda rasa kulit anda sedikit gelap, maka seeloknya pilihlah warna plum.

Sila cermin diri anda bukankah nampak lebih berseri sekarang, tetapi jangan lupa senyuman adalah penghias muka yang lebih manis dari segalanya. Senyum :)



Oleh kerana apa yang ditulis semata-mata karangan kaum Adam maka kredibiliti mungkin diragui. Sekali lagi hanya sekadar pendapat berdasarkan persepsi dan pemerhatian.

Bersambung di lain muka blog...

Bagaimana mengekalkan warna lipstick di bibir lebih lama?


Tuesday, November 2, 2010

Cinta itu satu obsesi

Sungguh tidak aku menyangka air mata ini mengalir lagi...

Hari ini bukanlah hari yang menggembirakan. Biasalah adat kehidupan. Seronok diselangi kesedihan. Ataupun lebih kepada kesedihan diselangi keseronokan? Berita semalam masih menyengat kalbu, hati, perasaan lantas menyebabkan mega emosi ini berarak mendung.

Aku betul-betul tidak menyangka hari ini datang juga dalam titik sejarah hidup aku. Malahan terlalu awal. Salah aku mungkin untuk menyangka begitu. Semalam memang tragis begitu juga hari ini dan mungkin juga esok (ku harapkan tidak). Walaupun ada harapan untuk aku bertemu dia kembali, mungkin sebulan lagi. Diperkatakan sebegitu.

Siapa mahu meneman aku di hari cuti? Menggembirakan aku tika keserabutan IB? Cuti Diwali ini mungkin rasa kosong tanpanya, begitu juga hari jadi, nampaknya tahun ini dia tidak sempat untuk bersama denganku menyambut hari kelahiran bersama. Maafkan aku sayang, nampaknya aku terlalu cuai, ku harap kamu cepat sembuh D60 ku.

Banyak sungguh memoriku dirakam oleh kamu, tapi tidak ada satu pun memori tentang kamu, ironikah ini?

Sungguh tidak aku menyangka air mata ini mengalir lagi.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More