Sweet frens o' mine

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, May 29, 2010

My room is the best! (perasan)

Huish letih betul, hari ini sperti rutin hari2 Ahad sebelumnya sy keluar jog pagi dan belasah 2 keping roti telor kat bistro. Pergh senak gak ar nak jalan balik ke Kolej MARA Seremban yang tercinta ni. N bler da balik terasa nak update blog la pulak. And here we go... A Special Sunday post..

Hari: Ahad Tarikh: X ingat la

Tajuk: Ada sejuta sebab aku suka bilik aku. ( mcm x best je tajuk ni )

Haha.. Suka hati sy je kan nak buat post, per pun bilik 118 mmg best, sebbnya yg pertama bilik ni adalah bilik yang kebal light-off. Maksudnya? X de light off la mcm bilik2 lain, so syboley study 24 jam ( x mungkin ). Haha, tp banyak la kelebihan bila x light off ni.. Cthnya, kamu still boley sterika baju malam2 tanpa seterika tangan sendiri. Ad ke org sterika bj malam2?



2. Bilik sy best sbb... ada peta dunia! Haha ni mmg favourite sy.. Sblom tido sy tgk, bangun pagi2 sy tgk.. walaupun jarang keluar dari Malaysia ni tgk peta negara2 lain pun jadi la. Satu lagi kalau roommate sy, die ske tgk sbb peta tu mengingatkan dier mengenai cita2 dier nak jadi pilot. Haha dramatis gak ar sbb dia skrang currently buat IB Biotech...



3. Sy ske bilik sy sebab... lantai tepi katil sya ada alphabet... Haha alphabet ni kalau pijak nanti satu2 akan bunyi ( tipu jer... ) tp serius la selesa... kalau musim exam macm ni mmg lantai tu la tmpat sy tido... ( sebab katil da kena conquer ngan buku ) huhu~ di samping tu alphabet ni jugak boley digunakan sebagai carpet mudah alih yang x payah susah nak dicuci mcm karpet baldu and etc... and boley jugak digunakan untuk mengingatkan diri sendiri susunan a-z... Sgt akademik mungkin?



4. Dinding dengan hiasan hati berwarna merah jambu.. Huhu agak jambu ar... tp yang best nyer kita boleh paku payungkan apa sahaja yang kita nak, yg ad, buat masa skrang ni sy pakukan kalendar, duit reward jwb soalan kelas bio, and bla3x..( tiada dlm gmbr ) Selain itu kita boleh pakukan jugak post-it notes yang mengandungi keje2 skola+ keje2 IB n jadual basuh baju n jadual bertugas koop atau jadual tepon parent.


5. Kapal terbang mainan. Wuuuhuuu.. sy x tau ape signifikan dier... Tp menambah seri di dinding dan agak bergaya ar. Bak kata Syed Stompel " Kami wajib fly".

6. This is my buddy, Mr. Tony. Sgt kiut... Haha dielah penjaga setia bilik 118. Org yang sentiasa mendengar rintihan masalh sy.. Dia juga menjadi rebutan semua budak2 searas dengan saya. Org kata gile berckap dengan Teddy Bear tapi kadg2 itu jer yg kita ader... Nak buat cmner... Huhu~

7. Himpunan duit seringgit yang berkedut2. Tujuannya, ntah la da cukup satu botol kaca sy kumpul mungkin da cukup nak beli cincin berlian 24K. Siapa tau kan? Haha kadgkala duit seringgit ini juga dicuri satu setiap hari dobi bertujuan untuk mengeringkan baju. Antara benda yang seronok untuk dilihat selepas hari yang panjang menyibukkan diri. Lebih kurg akuarium ikan la jugak.

Huhu da 7 perkara da sy letak, cukup la tu.. Byk lagi tp da x larat nak tulis nak gi study bio lak ni.... Hehe~







Friday, May 28, 2010

Welcome to your new life




This is a photo essay and every picture worth a thousand words.

The Survival Checklist

Haha.. tak sangka aku dah hampir menjadi senior dengan menulis post ni, but to all my wil-be-junior I must say that I’m impressed.. Korang sgt2 determine untuk masuk ke KMS. Tp sebelum korang menapakkan kaki ke kms ad beberapa perkara yg korang kena semak, dan aku namakannya

The Checklist
1) Tolong pastikan korg bawak dokumen yang telah disenarai pendekkan ( walaupun senarai tu panjang sebenarnya ) oleh MARA dalam surat tawaran mereka. Yang aku ingat laporan medical check up and jgn pulak lepas korang baca ni terus korang buat sebab ad borang guideline yg korang kena gunakan yg nanti akn dihantarkan kat korg. Dokumen ni termasuk la duit yang perlu di wang pos kan. Dah x ingat berapa. Tp duit tunai still kena bawak la. ( kalau boley bwk lebih sebb GDC kena bayar dulu... RM460 IB jer k. )


2) Bawak gambar lebih sikit, kalau dia suruh bawak 12 lebihkan satu, sebab kecelakaan selalu berlaku lagi2 hari pertama kat kms nih. N ingat lagi bagus kalau siap2 korang da tulis nama sebenar+ no ic korang kat belakang.. Alamat e-mail optional, kalau ad ruang lagi tulis la.
3) Sterika! Kalau korang x nak pakai baju berkedut sepanjang minggu orientasi pertama, ok ar.. boley je nak pinjam kat senior atau aku.. tp tu la kalau satu batch pinjam merana la aku kan.. Sebnarnya kolej sediakan tp da byk jahanam jd.. bwak sendiri lagi sonang kowt. Tp kalau korang da agak2 tau nak sebilik ngan sape pakat2 je la.. X yah la bwk sorang satu.

4) Sejadah. Aku dah agak dah mesti korang pelik kan kenapa nak kena bwk sejadah.. dan roommate aku dah mengutuk ape kejadahnya ko.. Haha bawak je walaupun surau berdekatan, emergency slalu berlaku.. ( p/s ingat surau ade! )

5)Lampu study. Ini optional sbb sepatutnya disediakan. Tp biasa la limited. Dah la kat sini lampu automatic tutup pukul 12. Nak study mmg tak dapat la kalau x berlampu. So bwak la lampu yang sesuai tp igt tak wajib k.. Nanti ko kate aku paksa bwak lak.. n satu lagi lava lamp x yah bawak tak membantu pun. Lampu suluh mungkin berguna.

6) Bawak laptop jikalau ada. Tp kalau umah dekat x yah la cause first week tu tak guna sgt pun. Nanti ujung minggu boleh bawak kan. N ingat laptop ni x wajib k, jgn la korang memeras ugut parent korang membeli sebiji Macbook atau Ipad semata-mata sebab aku ckp kena bawak. Tp for IB student aku recommend untuk ad sebijik la.. .

7) Sila bawak charger barang2 berkenaan yerk. Sebab susah la kalau korang tertinggal benda2 cm ni.. kat sini handphone mmg guna 24 jam. N tak de perkhidmatan caj hp kat sini. N charging tu boleh dilakukan kat bilik ,masing2 so safety skit ar... tp kalau topup tu korang cari je aku.. ( bukan FREE k! )

8) So senarai baju yang paling minimum bg aku mcm ni kot..
photo 4; alamak photo x load.. hahaha

9) Hm.. satu jgn lupa nak bwk yg asas, bantal, cadar, tshirt, pakaian dalam2, baldi, sabun, berus gigi, ubat gigi, selimut, tuala, cadar2x, pencuci muka, bedak, minyak wangi, jam tangan ( sgt2 penting), and teddy bear tu optional.. tp aku bawak gak.. n alat tulis+ kasut sukan jgn lupa ada sesi exercise nanti kuang3x...

10) N the most important pakai yang paling cun n kacak korang boley waktu first day ( tp formal la k) sebab nanti ad sesi fotografi n gambar tu guna untuk nametag. Kalau horrible, itu la dier nametag korang 4 semester kat kms!!!! Hahahaha...

Da cukup la tu aku nak gi study lak ni. Next week ad beribu lagi paper kena amek.. Huhuhu chow lu, anyway feel free la kalau nak tanya ape2 kat fb tu. N berikut adalah beberapa senior yg terrrbaek

Lisa kamal ( aku rase korg da kenal? )
Ayyub la ( hot! )
Fikri Azzim ( org yg akan tgkap gmbar passport korg nanti )
Alau (super senior)
Nurin Ayesha (aku lorh)
Ayuni shukor ( akak naqibah nih )
Zac Zulhusni ( the economist )
Ha.. taip je kat FB tu..

Friday, May 21, 2010

Jaga yerk budak-budak tindikan!

Akhirnya aku da berjaya memecahkan "the 40 days barrier". Oleh sebab yang demikian, aku x tido menghabiskan series The Mentalist yang baru disedut daripada IB senior. (kredit to Mr. Roni) Cerita tu memang terbaik. Akhirnya aku menjadi zombie kat kelas ari ni menghabiskan 3 masa Chemistry. Tapi tak pe yang terbaik, aku berjaya survive. Waktu rehat aku da x tahan tp still sempat gi makan pastu tido sampai kelas English pun aku skip dan akhir skali period math. Dan dengan itu saya telah menghabiskan 40 hari di semester 2 IB (tepuk2...).

Ini membawa kepada statement sterusnya, aku still ada setahun untuk IB? Adakah accelerated ini? Aku x tau.

Yang penting sekarang aku ada kat depan laptop Farah Irina ( Fab la... ) bersama budak2 tindikan yang lain. Dan kalau korg semua baca pos ni please dont use the 'cute' adj for a man. Tak masuk la. Pelik. ( utk perhatian Hanun, Aisyah, Nadiha dan sekutu mereka ).

Ok. Berhenti berceloteh. Post akademik untuk hari ini adalah bertajuk:

Memaafkan diri sendiri mengurangkan rasa bersalah menangguh kerja.












Cuba fikir baik2 bertapa banyak kerja yang kita tangguhkan, bygkan bwh katil yang tak bersapu, longgokan kertas yang tak pernah disusun, buku2 yang dibeli di book fair 2 tahun lepas yang masih ad 36 bab untuk dibaca, temujanji dengan doktor gigi yng dah 3 kali bertangguh dan banyak lagi.

Tapi yang menariknya mekanisme memaafkan diri sendiri yang ada kat diri manusia ini boleh membuatkan mereka meneruskan kerja2 tanpa berfikir mengenai perkara-perkara yang lepas. Dan yang menariknya mekanisme in aku guna untuk meng'ignorance'kan diri aku melarikan diri dari keserabutan world lit, tok, ee dan pelbagai lagi alphabet yang menakutkan itu.

Kepada mereka yang berminat bolehlah membaca jurnal lengkap Wohl et al. (2010)

p/s: Sekali lagi kepada Farah Irina, jangan gunakan perkataan itu untuk describe aku k.

Wednesday, May 12, 2010

Mengawal mimpi? Fantasi atau Realiti


Hi semua!

Untuk hampir sebulan berhempas pulas menggeladah pak cik Google untuk mendapatkan memori kembali adalah usaha sia-sia. Mungkin beribu sudah artikel dibaca tapi satu pun tak membantu.

Jadi, di sini saya Fikri Azzim meletakkan jawatan sebagai pencari memori yang hilang.

Dan dengan ini juga saya melantik diri saya untuk menjadi seorang manusia yang mengambil program IB di KMS yang mana hari ini sudahpun genap 30 hari. (kiraan ingatan terkini)

Letih sebenarnya berlakon seperti normal dekat sini. Bila orang lalu je senyum, dan samada dia senior ke? junior ke? IB ke? a-level? memang aku tak tau. Yang aku tau jantina mereka je. Lelaki atau perempuan. Itu je. Tapi keadaan dikira terkawal jugak la sekarang kalau nak dibandingkan dengan 10 hari pertama yang menyeksakan dekat sini.

Tutup laporan personal sehingga di situ.

Sebab yang sebenarnya aku nak cerita tentang satu artikel mengenai kaedah mengawal mimpi. Bagi mereka yang malas nak percaya, sila berhenti membaca.

Bagi mereka yang berminat (yes, kamu masih lg membaca) teknik mengawal mimpi ini bukanlah benda yang mustahil malahan sesetengah daripada kamu semua memang pernah mengalami mimpi macam ni. Mimpi terkawal atau nama "google"nyer adalah Lucid Dream.

Kenapa nak kawal mimpi?

1. Mengawal mimpi tidak salah dari segi undang-undang.
2. Tiada undang-undang dalam bermimpi.
3. Cuba bayangkan apa yang boleh kamu capai di alam mimpi?
4. Berapa ramai yang boleh kawal diri dalam mimpi? ( sedar diri bermimpi pun tak ramai )
5. Medapatkan idea atau ilham ( ye ker? mungkin? )

Ada kajian yang menunjukkan bahawa otak kita sebagai manusia adalah paling kreatif pada period REM. Iaitu satu jangka waktu ketika kita tidur, mungkin kalau kita membuat math pada jangka masa ni boleh menyelesaikannya dengan cepat. Siapa tahu?

Dan ini juga memberi penerangan kenapa sesetengah pelajar yang suka tidur dalan kelas adalah golongan mereka yang genius. ( pesanan penulis: anda tidak digalakkan tidur di dalam kelas )

Yang menarik lagi kita boleh melatih diri untuk mengawal mimpi. Memgikut pembacaan untuk mengawal mimpi perkara pertama adalah tidur melebihi 8 jam ( maaf ye kawan-kawan ). Dan yang kedua kita perlu melatih diri kita terlebih dahulu untuk 'recall' mimpi pada saat anda bangun pagi.

Oleh kerana terpengaruh dengan artikel lucid dream ni, aku pun bermula berlatih mengawal mimpi dan TERKEJUT kerana aku betul-betul boleh kawal mimpi. Huhu~ Tapi susah sebenarnya sebab saat kita sedar yang kita bermimpi, kebanyakan daripada kita akan banyak berfikir membandingkan mimpi dengan dunia sebenar dan menyebabkan mimpi itu lenyap begitu saja dan mereka pun terjaga.

Ish3x, rugi kan. Apapun aku sekarang da ad jurnal mimpi yang mana semua mimpi aku ad dalam tu, ( bile aku baca balik nak tergelak pun ad )

p/s: Cuba la dulu, x rugi pun, modal dier tido je...





Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More